Utusan Borneo (Sabah)

11,003 kes dicatat di bawah bidang kuasa Mahkamah Bumiputera Sarawak

-

KUCHING: Sebanyak 11,003 kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Bumiputera Sarawak telah dicatatkan setakat 30 Mei 2018.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri( Undang Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, daripada jumlah itu 5,962 kes adalah yang belum diselesaik­an.

Menurutnya sehubungan itu, Mahkamah Bumiputera Sarawak akan terus giat menganjurk­an latihan kepada pegawai mahkamah serta kakitangan majistret pada tahun ini.

“Penganjura­n berkenaan untuk memperkasa­kan pegawai dan kakitangan terlibat dalam urusan dan prosedur mahkamah sejak 2010.

“Penyediaan latihan kepada pegawai mahkamah atau kakitangan majistret akan mempercepa­t dan melancarka­n lagi urusan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada Yussibnosh Balo (PBB-Tellian) pada Persidanga­n DUN di sini, pada Selasa.

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak 14 bengkel serta kursus telah dan akan diadakan untuk golongan sasaran yang dijangka melibatkan 1,060 peserta.

Sementara itu, pada 2017 sebanyak 17 bengkel dan kursus telah diadakan untuk kumpulan sasaran melibatkan 1,525 peserta, ujar beliau.

“Mahkamah Bumiputera Sarawak dikendalik­an 52 Majistret Ex-Officio yang terdiri daripada 12 Residen Bahagian dan 40 Pegawai Daerah,” katanya.

“Manakala bagi kes-kes perlanggar­an adat, Mahkamah Bumiputera Sarawak dikendalik­an oleh 2,546 ketua kaum, 390 penghulu dan 87 pemanca atau temenggung,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya bilangan mjistret di Mahkamah Bumiputera Sarawak pada masa ini adalah seramai 19 orang yang dilantik sepenuh masa secara kontrak.

Majistret berkenaan terdiri daripada seorang presiden Mahkamah Rayuan Bumiputera, dua majistret Mahkamah Bumiputera Residen dan 16 majistret Mahkamah Bumiputera Daerah.

“Tanggungja­wab utama majistret ini adalah mengendali­kan kes-kes sivil seperti kes pertikaian tanah adat Bumiputera dan kes Permohonan Untuk Dikenali Sebagai Komuniti Bumiputera,” katanya.

 ??  ?? JOHN
JOHN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia