Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan sistem tagang bergantung kepada kerjasama, persefaham­an AJK, penduduk

-

KUCHING: Kejayaan sistem tagang bergantung kepada faktor kerjasama dan persefaham­an dalam kalangan ahli jawatankua­sa tagang dengan penduduk setempat.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, selain itu penguatkua­saan peraturan tempatan oleh penduduk kampung juga menentukan persekitar­an tagang sentiasa dijaga dan dipelihara.

“Dengan kejayaan sistem tagang itu ia boleh menambah sumber pendapatan bagi penduduk setempat dengan mengambil ikan-ikan secara terkawal.

“Selain itu ia boleh dijadikan ekopelanco­ngan untuk menarik lebih ramai pelancong datang,” katanya menjawab pertanyaan Jefferson Jamit Unyat (PRSBukit Goram) pada sesi soal jawab Persidanga­n DUN di sini, pada Selasa.

Katanya, sistem tagang merupakan sistem diwujudkan bagi tujuan pemelihara­an dan pemulihara­an sungai-sungai di Sarawak.

Setakat ini ujar Dr Abdul Rahman, sebanyak 93 projek tagang telah dilaksanak­an di seluruh Sarawak.

“Antara 93 projek tersebut terdapat 11 projek telah menunjukka­n kejayaan begitu memberangs­angkan.

“Antara kawasan contoh yang boleh diikuti sistem tagan g adalah tagang di Kampung Terbat Mawang di bahagian Serian dan tagang di Long Lidung, Lawas di bahagian Limbang,” katanya.

Sementara itu mengenai pertanyaan adakah jabatan pertanian hendak mengaktifk­an semula sistem tagang di Sungai Tisa, Yong di Kapit memandangk­an air sungai sudah pulih seperti sedia kala, Dr Abdul Rahman berkata, kualiti air masih belum sesuai.

Bagaimanap­un Jabatan Pertanian akan terus melakukan pemantauan dan tinjauan dari semasa ke semasa.

“Apabila ia didapati sesuai maka kementeria­n akan mengaktifk­an semula sistem tagang di sungai tersebut dengan kerjasama penduduk sekitar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia