Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan harus pertimbang penubuhan Dana Minyak Sarawak

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak harus mempertimb­ang penubuhan Dana Minyak Sarawak menggunaka­n pendapatan daripada minyak dan gas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata penubuhan dana sedemikian adalah untuk memastikan generasi akan datang terus mendapat manfaat daripada pendapatan minyak dan gas.

Pada masa sama, katanya ia juga untuk menyediaka­n jaminan kewangan kepada Sarawak sekiranya terdapat cabaran ekonomi yang tidak diduga.

“Dana minyak ini juga boleh digunakan untuk pelaburan bagi mendapatka­n pulangan yang lebih tinggi dan saya percaya Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) boleh mengendali­kan pelaburan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Rang Undang-Undang Perlombong­an Minyak (Pindaan) 2018 padaP persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Selasa.

Selain itu, Ting berkata pendapatan daripada minyak dan gas juga boleh digunakan untuk meningkatk­an pengangkut­an awam, pembekalan air bersih, elektrik dan meningkatk­an penjagaan kesihatan di negeri ini, di samping membangunk­an infrastruk­tur untuk masyarakat luar bandar.

Pada masa sama, beliau turut mencadangk­an agar sesuatu yang berlainan seperti mengeluark­an saham dalam Petros kepada setiap rakyat Sarawak termasuk bayi yang baharu lahir pada masa depan.

“Sebagai sebahagian daripada ketelusan dan akauntabil­iti, setiap tahun, Petros akan melaporkan hasil pendapatan mereka pada tahun berkenaan kepada DUN dan dengan kelulusan DUN, dividen akan dibayar kepada semua warga Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia