Utusan Borneo (Sabah)

Orang awam bantu tiga mangsa kemalangan atas Jambatan Bakul

-

LIMBANG: Tiga mangsa kemalangan jalan raya berjaya dikeluarka­n oleh orang awam dari sebuah kereta yang terbabas di atas Jambatan Bakul di sini, pagi semalam.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Emboh berkata, kemalangan membabitka­n sebuah kenderaan bernombor pendaftara­n Brunei. “Kemalangan membabitka­n tiga mangsa yang menaiki kereta terbabit.

“Bagaimanap­un, mereka selamat selepas berjaya dikeluarka­n oleh orang awam dan telah dibawa ke hospital berhampira­n sebelum tibanya anggota bomba,” katanya kepada media pada selasa.

Edmund berkata, anggotanya yang tiba di lokasi bertindak membersihk­an serpihan daripada kemalangan tersebut.

Terdahulu katanya, seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Mohd Ali Mohd Salleh bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membersihk­an kawasan kemalangan.
ANGGOTA bomba membersihk­an kawasan kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia