Utusan Borneo (Sabah)

Rumah persendiri­an musnah dalam kebakaran

-

BINTULU: Sebuah rumah persendiri­an milik sebuah keluarga di Kilometer 114, Jalan Bakun dekat sini musnah dalam kebakaran sekitar jam 9 pagi pada Selasa.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju, Bintulu mengesahka­n kebakaran memusnahka­n sekitar 90 peratus struktur rumah dua tingkat separa kekal itu.

“Difahamkan semasa kejadian, ahli keluarga terbabit tidak berada di rumah dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran itu,“katanya.

Sejurus menerima maklumat kebakaran itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Samalaju menggunaka­n sebuah jentera pemadam bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n kerja-kerja memadam serta mengawal kebakaran.

“Bomba Samalaju diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Winston sejurus sampai lokasi mendapati struktur rumah terbabit dijilat api dan kita memadamkan kebakaran menggunaka­n air dari tangki jentera,” jelasnya.

Katanya, anggota bomba mengambil masa hampir setengah jam utuk memadam kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 10.30 pagi.

Anggaran kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. Kebakaran itu tidak mendatangk­an kecederaan atau kemalangan jiwa.

Sementara menunggu bantuan tiba dan rumah sementara siap, keluarga terbabit tinggal sementara di rumah saudara mereka berdekatan.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan sepenuhnya kebakaran rumah dua tingkat separa kekal di Jalan Bakun, Bintulu pagi pada Selasa.
ANGGOTA bomba memadamkan sepenuhnya kebakaran rumah dua tingkat separa kekal di Jalan Bakun, Bintulu pagi pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia