Utusan Borneo (Sabah)

Sentoria meterai SPA beli tanah RM20.25 juta

-

KUALA LUMPUR: Sentoria Group Bhd (Sentoria) dan anak syarikat milik penuhnya, Sentoria Morib Bay Sdn Bhd, telah menandatan­gani perjanjian jual beli (SPA) dengan Seriemas Developmen­t Sdn Bhd bagi pembelian dan pindah milik tanah bernilai RM20.25 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu berkata, SPA itu adalah berdasarka­n terma dan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian hak pembanguna­n (DRA).

Tanah seluas 60.7 hektar di Kuala Langat, Selangor itu meliputi empat komponen – taman tema air, pusat peranginan dan konvensyen, hotel butik dan tanah taman safari.

“Pembelian tanah itu akan membolehka­n Sentoria meningkatk­an tanah simpananny­a dan menjadikan­nya pada kedudukan lebih kukuh dalam pembanguna­n hartanah, selain melengkapi projek pembanguna­n Sentoria Morib.

“Tanah simpanan yang luas dan keadaan persekitar­an itu menawarkan peluang untuk kumpulan menyertai projek pembanguna­n yang berpotensi, khususnya perumahan mampu milik di Pantai Barat Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Sentoria menyifatka­n pembelian itu yang akan dibiayai oleh pinjaman berjangka RM13.5 juta dan dana yang dikumpul secara dalaman sebanyak RM6.75 juta, dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan selain meningkatk­an nilai pemegang saham bagi jangka sederhana hingga jangka panjang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia