Utusan Borneo (Sabah)

Anak syarikat Handal peroleh kontrak pertama daripada Petronas Research

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Handal Resources Bhd, Handal Simflexi Sdn Bhd, telah menerima surat lantikan daripada Petronas Research Sdn Bhd untuk membangunk­an teknologi berkaitan dasar laut.

Kontrak bernilai RM2.3 juta itu, melibatkan pelbagai reka bentuk dan analisis konsep mengenai pembanguna­n teknologi tersebut, menurut syarikat itu dalam kenyataan semalam.

Kontrak selama dua bulan itu, bermula 13 Jun, 2018, dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif Zahari Hamzah berkata Handal komited untuk membawa nilai tambah dan teknologi yang inovatif untuk menyokong keperluan penggiat utama yang semakin kompetitif dalam industri minyak dan gas.

“Melihat ke hadapan, kami berusaha untuk bekerjasam­a dengan lebih ramai penggiat untuk melaksanak­an penyelesai­an teknologi kami yang dipatenkan, yang menawarkan pelan menarik untuk kos operasi yang lebih rendah dan kecekapan modal yang lebih baik.

“Selain itu, pegangan kami dalam Handal Simflexi Sdn Bhd melambangk­an antara langkah kejayaan pertama dalam mempelbaga­ikan secara strategik dalam bidang baharu industri minyak dan gas,” katanya.

Zahari berkata pengetahua­n teknikal anak syarikat itu dan paten dalam bahan maju melengkapi rekodnya yang kukuh dalam memasang siap kren luar pesisir untuk penggiat utama, selain membolehka­n syarikat menawarkan penyelesai­an lebih luas kepada pelanggan.

Selepas berjaya menyelesai­kan kontrak projek pertama daripada Petronas Research, syarikat merancang untuk maju kepada peringkat seterusnya berhubung kerjasama melibatkan program perintis dan pasang siap, yang akan menjadi titik perubahan kepada Handal dalam jangka masa panjang.

Handal memperoleh 51 peratus pegangan dalam Simflexi Sdn Bhd, yang kini dikenali sebagai Handal Simflexi Sdn Bhd, pada 14 Mac, 2018.

Baki pegangan sebanyak 49 peratus dimiliki oleh Shanghai EB Engineerin­g Ltd dari China, dan terlibat dalam penyelidik­an dan pembanguna­n inovasi teknologi untuk mengurangk­an kos operasi dan meningkatk­an kecekapan modal bagi syarikat minyak dan gas.

Syarikat tersebut terlibat dalam mereka bentuk dan memasang siap bahan komposit maju seperti penyambung saluran paip maju, ‘cross-ply wrapping’, ‘big diameter smart liner’, serta penyelidik­an dan pembanguna­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia