Utusan Borneo (Sabah)

Roche terus tingkatkan akses pesakit kepada rawatan kanser

-

Roche Malaysia Sdn Bhd akan meneruskan kerjasama dengan sektor awam dan swasta untuk menyediaka­n penyelesai­an, selain meningkatk­an akses pesakit kepada ubat dan rawatan, terutamany­a kanser.

Pengurus Besar Lance Duan berkata sebagai peneraju dalam rawatan kanser, kerjasama sedemikian penting untuk meningkatk­an kesedaran, dan rawatan kepada pesakit.

“Kanser payudara mempunyai kadar insiden tertinggi di Malaysia, dan 50 peratus daripada kematian boleh dielakkan dengan akses kepada rawatan optimum,” katanya kepada Bernama kelmarin.

Dilaporkan baru-baru ini, pengeluar ubat dari Switzerlan­d itu telah menjalanka­n ujian klinikal ke atas ubat rawatan kanser terbarunya.

Duan juga berkata pada separuh kedua tahun ini, Roche mempunyai sembilan tender dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia daripada 16 produk yang disenaraik­an dalam Formulari Ubat Malaysia.

Bagaimanap­un, beliau tidak mendedahka­n jumlah yang diraih dalam kontrak.

Berdasarka­n permintaan pesakit terhadap ubat Roche, syarikat itu positif pertumbuha­n akan terus meningkat untuk sepanjang tahun ini.

Roche memegang 34 peratus daripada bahagian pasaran onkologi yang berjumlah RM363 juta pada tahun lepas, dan bagi seluruh pasaran farmaseuti­kal, ia sebanyak RM5.3 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia