Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang melebihi lima peratus pada 2018: FXTM

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang melebihi lima peratus pada 2018, kata Ketua Global Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM, Jameel Ahmad.

Beliau berkata, sentimen pengguna dan perbelanja­an akan menjadi pemacu utama pertumbuha­n bagi separuh kedua tahun ini.

“Pertumbuha­n eksport terus memberangs­angkan mengatasi import,” katanya pada satu taklimat media kelmarin.

Beliau berkata, pada 2017 ekonomi Malaysia mencatatka­n prestasi yang baik dengan pertumbuha­n sebanyak 5.9 peratus.

Pada suku pertama 2018, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuha­n 5.4 peratus dan dijangka mencecah 5.5 peratus pada suku kedua.

Bagaimanap­un, Jameel berkata seperti mana pasaran negara-negara sedang pesat membangun, pertumbuha­n ekonomi negara turut dipengaruh­i perang perdaganga­n global — penyebab utama yang menjadikan pasaran turun naik ketika ini.

“Walaupun peningkata­n harga minyak telah menyokong ekonomi Malaysia dengan merangsang pendapatan kerajaan, perang perdaganga­n global mungkin mengimbang­i keadaan itu kerana ia adalah ancaman kepada pertumbuha­n global, yang boleh membawa kepada kekurangan permintaan terhadap komoditi,” katanya.

Kebimbanga­n terhadap pelaksanaa­n tarif dan polisi import oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump turut mencetuska­n pengelakan risiko yang akan menjejaska­n pasaran negara-negara sedang pesat membangun, kata Jameel.

Bagaimanap­un beliau berkata, ekonomi Malaysia kekal teguh dan kurang bergantung kepada komoditi dengan produk berkaitan minyak mewakili kira-kira 20 peratus daripada eksport.

“Pemulihan semula harga minyak tahun ini masih memberi sedikit sokongan kepada ekonomi tempatan berikutan harga naik hampir AS$15 setong tahun ini,” kata Jameel.

Beliau berkata, Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu dilantik, Datuk Nor Shamsiah M oh d Yu nus mewarisi ekonomi yang kukuh.

“Namun cabaran kepada BNM termasukla­h unjuran Rizab Persekutua­n AS, hubungan AS/China dan polisi fiskal AS,” katanya.

Menurutnya, risiko peningkata­n inflasi pada separuh ke-dua tahun ini turut memberi-kan ancaman kepada ekonomi negara, namun kasar inflasi dijangka tidak boleh melebihi 2.5 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia