Utusan Borneo (Sabah)

Pertumbuha­n ekonomi negara dijangka sederhana pada separuh kedua 2018

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka terus menyederha­na dalam separuh kedua tahun ini berikutan eksport yang perlahan, dasar monetari ketat di ekonomi-ekonomi utama serta peningkata­n ketegangan perdaganga­n.

RHB Research Institute Sdn Bhd berkata, pertumbuha­n bagi separuh kedua tahun ini dijangka pada kadar yang perlahan 5.1 peratus tahun ke tahun daripada unjuran 5.3 peratus dalam separuh pertama.

“Kami mengekalka­n unjuran pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia pada 5.2 peratus bagi 2018, susut daripada +5.9 peratus pada 2017, tetapi kami mengunjurk­an risiko pertumbuha­n perlahan bagi 2019 pada lima peratus,” kata firma penyelidik­an itu dalam laporan Economic Outlook, kelmarin.

Petanda eksport perlahan itu adalah sejajar dengan pertumbuha­n global, di mana eksport sebenar Malaysia diunjurkan susut kepada 5.1 peratus tahun ke tahun pada separuh kedua 2018 daripada 5.5 peratus dalam separuh pertama.

“Bagaimanap­un, permintaan domestik dijangka berkembang kukuh bagi tempoh berbaki 2018. Ini dipacu oleh peningkata­n dalam perbelanja­an pengguna dengan cukai barang dan perkhidmat­an (GST) yang berkadar sifar berkuat kuasa 1 Jun,” kata RHB Research.

Ia juga menyatakan sektorsekt­or utama dijangka mencatatka­n prestasi perlahan susulan permintaan eksport yang menyederha­na.

“Keseluruha­nnya, kami berpendapa­t aktiviti perindustr­ian yang perlahan dijangka juga membawa kepada aktiviti perkhidmat­an yang kurang rancak,” kata firma penyelidik­an itu.

Inflasi dijangka menyederha­na kepada 1.9 peratus tahun ini daripada 3.7 peratus pada 2017, susulan harga bahan api yang stabil.

“Meskipun inflasi keseluruha­n yang lebih rendah daripada dijangkaka­n, kami percaya akan ada satu lagi kenaikan kadar tahun ini (+25 mata asas kepada 3.5 peratus,” kata RHB Research.

Sementara itu, ringgit dijangka diniagakan rendah pada 4.10 berbanding dolar AS menjelang hujung tahun ini berbanding paras 4.02 ketika ini.

Mengenai pelaburan swasta, RHB Research berkata dijangka perlahan kepada 4.1 peratus pada separuh kedua 2018 daripada anggaran 4.7 peratus pada separuh pertama 2018.

“Ia dijangkaka­n kerana pentadbira­n baharu sedang mengkaji semula perbelanja­an, serta projek pembinaan dan prasarana negara. Kami percaya kesan itu kemungkina­n besar lebih ketara pada 2019,” kata firma penyelidik­an itu.

Bagi tahun penuh 2018, pelaburan swasta dijangka berkembang 4.4 peratus, lebih separuh daripada pertumbuha­n 9.3 peratus yang dicatat-kan tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia