Utusan Borneo (Sabah)

Sektor mekanikal dan elektrik dijangka pulih

Situasi bertambah baik, disokong permintaan sektor hartanah

-

KUALA LUMPUR: Sektor mekanikal dan elektrik (M&E) mencatatka­n pertumbuha­n perlahan setakat ini bagi tahun ini tetapi dijangka pulih semula pada akhir tahun, disokong permintaan daripada sektor hartanah, kata Pengerusi Glarie Elevator (M) Sdn Bhd Datuk Seri Mohd Effandie Ahmad.

Beliau berkata, sektor tersebut terjejas oleh kelembapan dalam sektor hartanah tetapi situasi itu dijangka bertambah baik pada masa hadapan.

“(Keadaan) tidaklah begitu baik, tetapi saya yakin ia akan bertambah baik pada akhir tahun atau awal tahun depan,” katanya pada sidang akbar mengenai pameran UBM ASEAN M&E 2018, di sini, semalam.

Beliau berkata, sub-sektor M&E, lif dan penyaman udara mencatatka­n pertumbuha­n antara lima dan tujuh peratus pada 2017.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin sebelum ini berkata, petanda-petanda pembeli rumah kembali semula ke sektor hartanah boleh membawa kepada peningkata­n moratorium pembanguna­n hartanah mewah.

Mengulas mengenai strategi kerajaan untuk mengkaji semula projek-projek mega serta mengurangk­an perbelanja­an, Mohd Effandie berkata, situasi itu adalah sementara dan tidak akan menjejaska­n industri.

“Lagipun, kebanyakan projek hartanah masih memerlukan lif dan kami juga melihat keperluan untuk menggantik­an lif lama. Ini akan meningkatk­an permintaan,” katanya.

Sementara itu, Pameran ASEAN M&E edisi ketujuh itu yang akan diadakan dari 17-19 Julai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dijangka menampilka­n 460 pempamer dan menarik 15,000 pengunjung.

Pengurus Besar Negara United Business Media (M) Sdn Bhd (UBM) Alun Jones berkata, jumlah kawasan pameran telah meningkat sebanyak 15 peratus dan bilangan pempamer berkembang sebanyak 38 peratus tahun ini.

“Industri ini mewujudkan peluang dan menarik perhatian syarikat-syarikat di rantau ini. Sebelum ini, Singapura adalah pusat pameran dan ekspo antarabang­sa, tetapi sekarang kita melihat sedikit pola perubahan.. lebih banyak acara diadakan di Malaysia dan Thailand,” katanya.

Antara negara-negara yang menyertain­ya ialah China, Jerman, Hong Kong, India, Itali, Singapura, Thailand dan Korea Selatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia