Utusan Borneo (Sabah)

60 penagih ditahan di Baling, setakat Jun

-

BALING: Seramai 60 penagih berumur antara 19 dan 40 tahun ditahan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Baling sepanjang Januari hingga Jun lepas.

Ketua Pegawai AADK Baling Mohd Nasir Md Radzi berkata 58 daripadany­a didakwa menerusi Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah Rawatan Dan Pemulihan 1983 iaitu perintah menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan manakaal dua lagi mengikut Seksyen 6(1)(b) akta sama iaitu perintah di bawah pegawasan AADK Baling.

“Jumlah itu dijangka meningkat seiring pelbagai operasi pencegahan yang dirancang hingga hujung tahun ini dan tumpuan akan diberi kepada kawasan berisiko tinggi iaitu Kupang, Pekan Baling dan Kuala Ketil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Mohd Nasir berkata hasil serbuan dan tangkapan bagi enam bulan pertama tahun ini menunjukka­n dadah jenis opiat iaitu heroin dan morfin menjadi sasaran utama penagih, diikuti dadah jenis syabu.

Sementara itu, seramai 636 Orang Kena Pengawasan (OKP) turut didaftarka­n hingga Jun lepas.

“Hakikatnya masih ramai lagi di luar sana yang masih bergelut dengan masalah penagihan dadah dan tidak berdaftar dengan AADK. Kita akan terus mengesan penagih-penagih ini dengan bantuan penduduk kampung, pihak sekolah serta agensi berkaitan supaya mereka dapat menjalani program rawatan dan pemulihan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia