Utusan Borneo (Sabah)

Tangki air sekolah jatuh, tiga kenderaan rosak

-

KUANTAN: Tiga kenderaan rosak apabila sebuah tangki air Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran dekat sini, terjatuh pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata kejadian berlaku pada 6.15 pagi dan semua kenderaan tersebut berada di tempat letak kereta berhampira­n tangki air itu.

“Siasatan awal mendapati tangki air yang terletak kira-kira 60 kaki dari aras tanah pecah terlebih dahulu sebelum jatuh menghempap kenderaan terlibat.

“Kejadian, bagaimanap­un tidak menyebabka­n sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata pengetua sekolah terbabit Sharifah Hasaniah Syed Abd Rahman mengakui bahawa tangki air itu sudah 20 tahun digunakan.

Katanya pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pengurusan Air Pahang Berhad dan Jabatan Kerja Raya membantu pihak sekolah membersihk­an tempat kejadian.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia