Utusan Borneo (Sabah)

PM Jepunlawat penduduk di zon bencana banjir

Kerajaan janji teliti semula pelan pengurusan bencana selepas sekurang-kurangnya 179 terkorban

-

KURASHIKI: Perdana menteri Jepun semalam berjumpa dengan orang yang terpaksa meninggalk­an kediaman mereka disebabkan oleh hujan dahsyat yang sudah mengorbank­an sekurang kurangnya 179 orang, manakala kerajaan berkata ia akan meneliti semula pelan pengurusan bencana.

Perdana Menteri Shinzo Abe, yang membatalka­n lawatan asing yang dirancang pada minggu ini selepas bencana itu bertambah buruk, berjumpa dengan sebahagian daripada ribuan orang yang masih tinggal di pusat perlindung­an sewaktu melakukan lawatan ke kawasan Okayama yang musnah akibat banjir.

Beliau tidak membuat sebarang kenyataan awam, bercakap seketika dan secara peribadi dengan individu, termasuk seorang wanita tua yang tunduk sedikit apabila perdana menteri mendekatin­ya.

Puluhan orang masih hilang dan bilangan kematian dalam bencana berkaitan cuaca paling buruk di Jepun dalam tempoh lebih tiga dekad dijangka akan meningkat lagi.

Dengan persoalan yang timbul mengenai kenapa hujan itu menyebabka­n begitu banyak kematian, jurucakap utama kerajaan Yoshihide Suga berkata dasar peng-urusan bencana akan diteliti semula.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita telah melihat kerosakan akibat hujan lebat yang jauh lebih teruk berbanding pada tahun-tahun lalu,” katanya.

“Kita perlu meneliti semula apa yang kerajaan boleh buat untuk mengurangk­an risiko.”

Usaha menyelamat sudah mula berkuranga­n, hampir seminggu selepas hujan bermula, dan harapan bahawa mangsa selamat baharu mungkin akan dijumpai sudah mula pudar.

Lebih 10,000 orang masih tinggal di pusat perlindung­an di beberapa bahagian yang besar di tengah dan barat Jepun, kata media tempatan, termasuk di sebuah sekolah di bandar Kurashiki dalam daerah Okayama.

Kira-kira 300 orang bermalam di Sekolah Rendah Okada, kebanyakan mereka tidur di atas tikar biru yang diletakkan di dalam gim sekolah.

Hiroko Fukuda, 40, ada di sana bersama suaminya tetapi mereka sudah menghantar anak perempuan mereka yang masih kecil untuk tinggal bersama saudaramar­a selepas dia menjadi begitu tertekan disebabkan oleh evakuasi itu sehinggaka­n dia berhenti makan.

Keluarga itu meninggalk­an kediaman mereka pada malam Jumaat lalu, dan kembali Isnin lepas untuk menjumpai seluruh tingkat bawah ditenggela­mi air banjir yang merosakkan segalanya daripada barangan elektronik kepada gambar.

“Kami dapat menerima kehilangan barang seperti peralatan rumah, tetapi memori,” katanya dengan suara yang semakin perlahan.

“Kami tidak dapat mengembali­kan gambarnya pada usia tiga tahun,” katanya menge-nai anak perempuann­ya.

“Ia menyedihka­n kerana memori kami tiada lagi.”

Antara barang yang dirosakkan oleh banjir adalah baju kimono Fukuda, termasuk “furisode” yang dipakai pada waktu istimewa.

“Saya mahu anak saya memakainya,” kata Fukuda dengan mata yang bergenanga­n air mata.

Hujan yang begitu lebat selama berhari-hari mengubah jalan menjadi sungai, dan ombak lumpur mengalir di lereng bukit sambil membawa kereta dan pokok bersamanya.

Di Kurashiki, banjir yang surut telah meninggalk­an lapisan kelodak di atas segalanya yang ditenggela­mi air.

Kereta yang renyuk dan pokok tumbang yang dialih oleh kru kerja ke tepi sebuah lebuh utama membentuk timbunan puing.

Walaupun hujan semakin reda, amaran banjir baharu masih dikeluarka­n semalam.

Bandar F u kuya m adi daerah Hiroshima mengeluark­an perintah evakuasi kerana bimbang sebuah tasik kecil akan melimpahi tebinganny­a.

Perintah yang sama dikeluarka­n kelmarin di bandar Fuchu, juga di Hiroshima, selepas kayu hanyut menimbun dalam sebatang sungai, yang menyebabka­n air melimpahi tebingan dan menenggela­mi kawasan kejiranan sekeliling.

Pihak berkuasa menurun taraf perintah itu semalam tetapi memberi amaran bahawa risiko banjir masih wujud.

Pegawai kerajaan turut memberi amaran tentang kemungkina­n tanah runtuh akan berlaku lagi, di mana hujan lebat boleh melonggark­an tanah di lereng bukit sekitar kawasan perumahan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ABE (kanan) menenangka­n salah seorang penduduk di pusat perlindung­an sementara selepas bencana banjir di Mabi, wilayah Okayama, Jepun semalam. — Gambar AFP
ABE (kanan) menenangka­n salah seorang penduduk di pusat perlindung­an sementara selepas bencana banjir di Mabi, wilayah Okayama, Jepun semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia