Utusan Borneo (Sabah)

Ketua eksekutif lombong Soma dipenjara untuk bencana 2014

-

Sebuah mahkamah di Turki semalam menjatuhka­n hukuman penjara selama 15 tahun ke atas ketua eksekutif lombong Soma di mana 301 orang maut pada Mei 2014 dalam bencana perlombong­an terburuk dalam sejarah Turki.

Selepas perbicaraa­n yang memakan masa tiga tahun, mahkamah di bandar Akhisar, barat Turki, men- jatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun ke atas bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) lombong Soma, Can Gurkan berhubung bencana itu, lapor agensi berita Anadolu.

Manakala pengurus besar lombong Ramazan Dogru dan pengurus teknikal Ismail Adali dijatuhi hukuman penjara selama 22 tahun dan enam bulan, tambahnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia