Utusan Borneo (Sabah)

Doktor terima berita sedih sejurus muncul dari gua Thai

-

SYDNEY: Seorang doktor dari Australia yang menjaga pasukan bola sepak Thai yang muda sewaktu pengalaman mereka yang menakutkan selepas terperangk­ap dalam gua, muncul dari kompleks bawah tanah yang dimasuki air untuk mendengar berita sedih bahawa bapanya sendiri sudah meninggal dunia.

Richard Harris, seorang penyelam dan medik yang terkenal di seluruh dunia dengan kehadirann­ya dalam usaha menyelamat skuad ‘Wild Boars’ yang dramatik itu khususnya dipinta oleh pakar, dilaporkan sebagai orang terakhir untuk meninggalk­an gua yang dipenuhi air kelmarin.

“Harry”, nama yang dikenali dalam komuniti penerokaan gua global, membatalka­n rancangan untuk bercuti dan terbang ke utara Thailand sebagai anggota pasukan antarabang­sa yang cuba mengeluark­an budak-budak berkenaan dari gua Tham Luang.

Media Australia berkata beliau menggadaik­an nyawa untuk masuk empat kilometer ke dalam gua yang dimasuki air dan menilai 12 budak lelaki dan jurulatih mereka dari segi kesihatan setiap hari selepas mereka dijumpai, dan memberikan kelulusan terakhir mengenai kecergasan mereka untuk dibawa keluar.

Badan penyiaran ABC berkata Harris juga memutuskan urutan bagi mereka yang harus keluar, dalam operasi yang berkesudah­an dengan kegembiraa­n kelmarin apabila anggota SEAL Tentera Laut Thailand mengumumka­n seluruh pasukan sudah selamat keluar, 18 hari selepas kejadian itu bermula.

Menteri Luar Julie Bishop berkata beliau difahamkan Harris, sebahagian daripada 20 anggota pasukan Australia yang pergi ke kawasan Chang Rai, adalah orang terakhir yang muncul dari gua berkenaan lewat kelmarin manakala budak-budak ber-kenaan menerima rawatan di hospital. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia