Utusan Borneo (Sabah)

Trak tangki minyak langgar bas di Iran, 11 maut

-

TEHRAN: Sekurang kurangnya 11 orang maut semalam apabila sebuah trak tangki minyak berlanggar dengan sebuah bas d ibarat I ran, media kerajaan melaporkan.

Kenderaan tersebut bertembung sejurus selepas tengah malam di Sanandaj, ibu kota wilayah Kurdistan di Iran, kira-kira 400 kilometer ke barat Tehran.

Agensi berita IRNA berkata empat penumpang bas dan tiga orang yang lalu-lalang turut cedera dalam satu “le-tupan yang amat besar” selepas perlanggar­an berlaku.

Pihak berkuasa tempatan mengumumka­n tempoh berkabung selama tiga jari di wilayah itu, katanya.

Walaupun jalannya pada umumnya adalah bagus, Iran mempunyai rekod buruk dalam keselamata­n trafik, dengan kemalangan disebabkan oleh pemandu cuai yang membunuh ribuan orang setiap tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia