Utusan Borneo (Sabah)

Matthysse mahu tebus kekalahan Argentina di Piala Dunia

-

KUALA LUMPUR: Jaguh tinju profesiona­l Argentina Lucas Matthysse bertekad menewaskan legenda tinju Filipina Manny Pacquiao pada ‘Fight of Champions’ Ahad ini bagi mengubat kekecewaan negaranya yang tersingkir daripada Piala Dunia FIFA 2018 yang sedang berlangsun­g.

Juara welterweig­ht Persatuan Tinju Dunia (WBA) itu mahu menebus kekalahan Argentina pada peringkat suku akhir kejohanan di tangan Croatia.

“Kita semua tahu Argentina tidak bernasib baik pada Piala Dunia walaupun mereka bermain dengan baik.

“Begitu juga dengan pertemuan ini, tidak ada bezanya dan sama penting untuk rakyat kami. Saya akan lakukan yang terbaik untuk muncul juara,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pemanas badan di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu. .

Matthysse akan bertemu Pacquiao yang turut dikenali sebagai ‘Pacman’ dalam pertarunga­n tinju paling dinanti-nantikan di Axiata Arena, Bukit Jalil, hujung minggu ini.

Petinju berusia 35 tahun itu merekodkan 39 kejayaan (36 Knockout- KO) manakala Pacquiao, 39, merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen dengan 59 kejuaraan (38 KO).

Matthysee yang digelar ‘The Machine’ kerana mempunyai tumbukan padu berbisa, memenangi gelaran itu pada Januari selepas mengetepik­an petinju Thailand Tewa Kiram.

Pertarunga­n epik Ahad ini dianggap oleh kebanyakan peminat sebagai acara sukan tinju terbesar yang pernah diadakan di Kuala Lumpur selepas aksi Muhammad Ali-Joe Bugner pada 1975. -Bernama

 ??  ??
 ?? -Gambar Bernama ?? JUARA bertahan kategori Welterweig­ht Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) Lucas Matthysse memulakan sesi latihan pertamanya di salah sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur.
-Gambar Bernama JUARA bertahan kategori Welterweig­ht Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) Lucas Matthysse memulakan sesi latihan pertamanya di salah sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia