Utusan Borneo (Sabah)

MSSS: Sandakan muncul juara keseluruha­n

Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2018 di Kudat

- Oleh SALMAN ABADI

KUDAT: Kontingen bola sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Sandakan muncul juara keseluruha­n secara raking pada Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2018 yang berakhir di Pusat Sukan Kudat, pada Selasa.

Kejohanan empat hari itu (7 – 10 Julai) dianjurkan oleh Unit Sukan Sektor Pembanguna­na Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan dikelolaka­n oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat.

Sandakan melakar kejutan dan mencipta sejarah tersendiri apabila ketiga-tiga pasukannya berjaya mara ke perlawanan bagi semua kategori iaitu bawah 12 (B12), 15 dan 18 tahun.

Walaupun hanya pasukan B12 yang muncul johan, namun kontinjen MSSB Sandakan dinobatkan sebagai juara keseluruha­n MSS Sabah edisi 2018 di Kudat apabila dua lagi pasukan iaitu kategori B15 dan B18 meraih naib johan selepas tewas tipis kepada lawan masing-masing pada saingan perlawanan akhir.

Pasukan B12 Sandakan yang berpesta gol membelasah pasukan Pedalaman 6 – 1 pada peringkat separuh akhir, bagaimanap­un terpaksa bersaing sehingga penentuan sepakan

pegawai kontinjen MSSB Sandakan dengan aksi tersendiri meraikan kejayaan muncul juara keseluruha­n bola sepak MSS Sabah 2018.

penalti selepas seri 1 – 1 dengan pasukan Tenggara (Tawau) pada perlawanan akhir.

Kejuaraan berpihak kepada pasukan B12 MSSB Sandakan dengan kemenangan 4 – 3 menerusi sepakan penalti yang mendebarka­n.

Tempat ketiga bagi kategpri B12 dimenangi pasukan Utara yang menewaskan Pedalaman 5 – 4 juga melalui sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2 – 2 sehingga tamat perlawanan sebenar. Perlawanan berlangsun­g di padang SK Pekan Kudat II.

Bagi kategori B15, johan disandang oleh pasukan MSSB Barat selepas menewaskan Sandakan 3 – 1 pada perlawanan akhir yang berlangsun­g di padang SMK Abdul Rahim II, Kudat.

Tempat ketiga (B15) dimenangi pasukan MSSB Utara selepas mengalahka­n pasukan Selatan 2 – 0.

Perlawanan tumpuan sebagai penutup kejohanan bola sepak MSS Sabah 2018 menyaksika­n pasukan MSSB Tenggara muncul johan kategori B18 selepas menang tipis 1 – 0 ke atas pasukan Sandakan pada aksi final yang berlangsun­g di padang Pusat Sukan Kudat.

Pasukan MSSB Pedalaman pula berpesta gol apabila menjinakka­n pasukan Barat 6 – 1 pada perlawanan penentuan bagi merebut tempat ketiga, di Padang Bandaran Kudat.

Sementara itu, pemain lincah pasukan B12 Sandakan, Mohd. Hisyamuddi­n Nordin dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan itu, manakala penjaga gol terbaik ialah Muhd. Fikri Firdaus dari pasukan Tenggara.

Penjaring terbanyak B12 dikongsi bersama oleh Aaron Aiden (Sandakan/Beluran) dan Muhd Amirul Haqiq dari Tenggara yang masing-masing menjaringk­an lima gol sepanjang kejohanan itu.

Bagi kategori B15, pemain terbaik kejohanan dianugerah­kan kepada Beckham Agustin dari pasukan Barat, penjaga gol terbaik ialah Mohd Ramadhan Abdullah juga dari Barat.

Penjaring terbanyak B15 ialah Mohd Sharizal Ahmad dari pasukan Sandakan yang mencipta empat jaringan sepanjang kejohanan itu.

Nuramnan Abdul Nan (Tenggara) dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan, manakala rakan sepasukann­ya, Fahmi Ikhwan turut merangkul anugerah penjaga gol terbaik, manakala Beki Ansurong dari pasukan Pedalaman yang menjaringk­an tiga gol, muncul penjaring terbanyak kategori B18.

Mengulas pencapaian itu, Timbalan Ketua Kontinjen MSSB Sandakan, Tommy Amir tetap bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian tersebut walaupun akhirnya hanya pasukan B12 Sandakan yang muncul johan (kategori B12).

“Bagaimanap­un, ini satu pencapaian yang baik dan tetap membanggak­an apabila MSSB Sandakan berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruha­n dengan membawa pulang satu pingat emas dan dua perak,” katanya.

Tommy yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telupid mengakui, bukan perkara mudah untuk membawa kesemua tiga pasukan beraksi di pentas final, namun Sandakan berjaya melakukann­ya pada tahun ini.

“Terima kasih kepada semua pengurus, jurulatih dan para pemain yang bertungkus-lumus mencipta kejuaraan ini, dan tahniah juga kepada pihak penganjur, khasnya Unit Sukan SPK JPN Sabah dan UPK PPD Kudat,” katanya sambil memuji penganjura­n kejohanan ini yang berjaya dikelolaka­n dengan cemerlang.

Secara keseluruha­nnya, kontinjen MSSB Sandakan muncul juara keseluruha­n (secara ranking), naib johan pasukan Tenggara dan ketiga Barat, diikuti Utara, Pedalaman dan Selatan.

Setiausaha Jawatankua­sa Pengelolan­ya, Manchul Majujin berkata sebanyak 18 pasukan (kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun) dari enam zon/bahagian iaitu MSSB Utara, Barat, Selatan, Tenggara, Pedalaman dan Sandakan mengambil bahagian pada kejohanan itu.

Menurutnya, selain melaksanak­an aktiviti sukan bola sepak dalam kalendar MSS Sabah 2018, kejohanan itu juga bertujuan mencungkil bakat pelajar serta meningkatk­an lagi mutu sukan bola sepak ke arah pembanguna­n sukan khasnya bola sepak.

“Kejohanan ini juga merupakan medan pemilihan pemain terbaik untuk mewakili MSS Sabah ke Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Malaysia (MSSM) yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 5 – 10 Ogos depan”, katanya.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi yang juga Adun Banggi, Mohammad Mohamarin.

Turut hadir ialah Timbalan PPD Kudat Haji Sh Zainal Haji Sh Sheh (wakil PPD), Ketua Penolong Pengarah (KPP) SPK JPN Sabah Datu Roslin Datu Siabok (mewakili Pengarah JPN Sabah), Ketua Polis Daerah Kudat Supt. Douglas Nyeging Taong dan para pegawai Unit Sukan JPN Sabah termasukla­h Pegawai Meja Unit Sukan (Bola Sepak) MSS Sabah yang juga Penyelia Kanan Unit Sukan SPK JPN Sabah, Abdul Rahman Wahab.

 ??  ?? BARISAN
BARISAN
 ??  ?? PASUKAN Sandakan muncul johan kategori B12 meraikan kemenangan bersama para pegawai dan Timbalan Ketua Kontinjen MSSB Sandakan, Tommy Amir (kanan).
PASUKAN Sandakan muncul johan kategori B12 meraikan kemenangan bersama para pegawai dan Timbalan Ketua Kontinjen MSSB Sandakan, Tommy Amir (kanan).
 ??  ?? JOHAN B18 (Tenggara) bergambar kenangan bersama (berdiri dari kanan) Tommy Amir, Supt. Douglas, Mohammad, Datu Roslin, Sh Zainal dan Manchul (kiri sekali).
JOHAN B18 (Tenggara) bergambar kenangan bersama (berdiri dari kanan) Tommy Amir, Supt. Douglas, Mohammad, Datu Roslin, Sh Zainal dan Manchul (kiri sekali).
 ??  ?? MOHAMAMD (tengah) diiringi Datu Roslin menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil pengurus kontinjen MSSB Sandakan pada majlis penutupan kejohanan itu di Pusat sukan Kudat.
MOHAMAMD (tengah) diiringi Datu Roslin menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil pengurus kontinjen MSSB Sandakan pada majlis penutupan kejohanan itu di Pusat sukan Kudat.
 ??  ?? KONTINJEN Sandakan diketuai Tommy Amir (tengah) bergambar kenangan selepas dinobatkan juara keseluruha­n bola sepak MSS Sabah 2018 di Kudat.
KONTINJEN Sandakan diketuai Tommy Amir (tengah) bergambar kenangan selepas dinobatkan juara keseluruha­n bola sepak MSS Sabah 2018 di Kudat.
 ??  ?? AARON Aiden (kanan) dari Sandakan (Beluran) muncul menjaringk­an terbanyak (5 gol) bersama jurulatih, Thomas Lasa (kiri).
AARON Aiden (kanan) dari Sandakan (Beluran) muncul menjaringk­an terbanyak (5 gol) bersama jurulatih, Thomas Lasa (kiri).
 ??  ?? MOHAMMAD (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
MOHAMMAD (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
 ??  ?? MOHAMAMD menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil kontinjen Tenggara.
MOHAMAMD menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil kontinjen Tenggara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia