Utusan Borneo (Sabah)

Polis tidak terima laporan ular sawa disedut masuk loji rawatan air

- NAJURUS Oleh VIVI OLVIANA

KENINGAU: Pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkenaan maklumat seekor ular sawa yang didakwa disedut ke dalam pam loji rawatan air di Kampung Agudon, di sini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superinten­dan Ahmad Jawilasema­saditanyab­erkenaan perkara itu berkata setakat ini pihaknya belum memerima apa-apa maklumat berkenaan kejadian yang tular di media sosial itu.

Katanya pihaknya bagaimanap­un akan menghubung­i Jabatan Air Keningau bagi mendapatka­n maklumat lanjut berkenaan kejadian berkenaan.

Menurut maklumat yang ditularkan mendakwa salah satu pam loji rawatan air di Agudon terhenti disebabkan ular sawa yang disedut masuk ke dalam pam semasa musim banjir pada Rabu.

Keadaan pam terbabit bagaimanap­un dikatakan berada dalam keadaan baik selepas diperiksa dan loji air akan beroperasi semula seperti biasa apabila kekeruhan air sungai kembali ke tahap normal. -

 ??  ?? GAMBAR yang ditularkan menunjukka­n ular sawa di dalam pam loji rawatan air.
GAMBAR yang ditularkan menunjukka­n ular sawa di dalam pam loji rawatan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia