Utusan Borneo (Sabah)

Indeks jenayah daerah Lahad Datu turun

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Polis Lahad Datu merekodkan penurunan jumlah kes jenayah indeks kepada 107 kes sejak Januari 2018 berbanding 158 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pencapaian penurunan sebanyak 32.28 peratus itu mengekalka­n daerah ini mencatat penurunan jumlah kes jenayah indeks bagi tempoh lima tahun berturut-turut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, kategori jenayah harta benda mencatat penurunan sebanyak 23 kes iaitu 45 kes pada 2017 berbanding hanya 23 kes sepanjang Januari hingga Jun 2018.

“Kes kecurian motosikal turut menurun dengan 14 kes berbanding 24 kes manakala, jenayah kekerasan kekal mencatat 31 kes untuk tempoh yang sama pada 2017,” katanya ketika berucap pada perhimpuna­n bulanan IPD Lahad Datu pada Khamis.

Menurutnya, peningkata­n sebanyak 45.47 peratus dengan 884 kes tahun ini berbanding 2017 sebanyak 482 kes dicatat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dengan 566 orang ditangkap berbanding 364 orang sebelumnya.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan, bagi kes pengedar menurun dari 80 kes tahun lalu berbanding 57 kes tahun ini.

“Saya berharap kes unit meningkatk­an lagi tangkapan dan merancang dengan meningkatk­an maklumat dadah supaya kes pengedaran di daerah ini dapat dibanteras secara maksima.

“Operasi Sarang hendaklah diteruskan dengan menyasarka­n tempat-tempat yang dikenalpas­ti berdasarka­n maklumat yang tepat termasuk mengambil kira rungutan masyarakat tentang permasalah­an dadah di kawasan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia