Utusan Borneo (Sabah)

Anak gajah ditemukan berkeliara­n di Ladang Brumas, Tawau

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TAWAU: Seekor anak gajah seberat 95.5 kilogram ditemukan tanpa kumpulan di Ladang Brumas di sini, kira-kira jam 3 petang Selasa.

Jurucakap Pejabat Jabatan Hidupan Liar Siti Nur’Ain Ampuan Acheh berkata gajah jantan berusia kirakira dua hingga tiga minggu itu dikesan berkeliara­n di kawasan ladang sebelum pihak pengurusan ladang menghubung­i Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutny­a.

“Semasa diperiksa, anak gajah terbabit dalam keadaan lemah serta terdapat beberapa kesan luka di beberapa bahagian badannya dan pegawai veterinar dari Jabatan Perkhidmat­an Haiwan membantu memberikan rawatan awal kepada anak gajah itu.

“Anak gajah itu kemudianny­a dibawa ke Taman Hidupan Sepilok sebelum diberikan susu formula dan diberi vaksin secara inten-venously,” katanya sambil menambah, anak gajah berkenaan selamat tiba di Sepilok kira-kira jam 5.30 petang Khamis.

Menurutnya anak gajah itu kini masih dalam pengawasan berikutan keadaannya yang belum stabil dan masih mengalami sedikit dehidrasi sehingga diberikan elektrolit oral.

Dalam perkembang­an berasingan, Jabatan Hidupan Liar dimaklumka­n orang awam berkenaan penemuan bangkai penyu terapung beserta gambar berhampira­n Jeti Jesselton Point di Kota Kinabalu, pagi Rabu.

Siti berkata sepasukan unit penyelamat Jabatan Hidupan Liar memeriksa sekitar lokasi bagaimanap­un bangkai penyu tidak ditemukan kerana keadaan laut yang bergelora ketika itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia