Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jadikan isu: Aidi

Kes terpencil melibatkan perkahwina­n bawah umur

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kes terpencil yang melibatkan perkahwina­n bawah umur tidak perlu dijadikan isu, tetapi perlu ditangani secara efisien.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar berkata, kajian terperinci kini dijalankan bagi memastikan perlu ada pindaan undangunda­ng atau tindakan penalti terhadap isu berkenaan.

Sekiranya ada keperluan, pihaknya akan menghantar cadangan kepada kerajaan supaya satu tindakan yang lebih drastik dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan perkahwina­n bawah umur.

Bagaimanap­un jelasnya, proses pindaan undangunda­ng tidak diluluskan serta merta dan ia perlu melalui proses tertentu serta mengambil sedikit masa.

“Antara perkara yang difokuskan dalam kajian ini termasukla­h hukum syarak dan enakmen undang-undang sedia ada.

“Di Malaysia ini, lazimnya mereka yang berumur 15 tahun belum lagi matang dan jika ada ibu bapa yang membenarka­n anaknya berkahwin pada umur 11 tahun, saya rasa itu tidak betul dari segi kemanusiaa­n.

“Kita amat prihatin terhadap perkara ini dan saya juga percaya hakim mahkamah syariah sendiri tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran untuk perkahwina­n di bawah umur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis Sambutan Raya Perdana Bersama Agensi-Agensi Islam Sabah, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, pihaknya juga membuka tawaran kepada manamana agensi yang berminat untuk menjalanka­n kursus perkahwina­n.

Aidi berkata, pelaksanaa­n kursus perkahwina­n tidak boleh dimonopoli oleh satu agensi sahaja.

“Sudah sampai masanya kita buka kepada agensi yang berminat supaya mereka juga dapat menjalanka­n kursus ini dengan lebih efisien dan baik.

“Agensi yang berminat boleh memohon kepada Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) supaya pasangan yang mahu berkahwin mudah membuat pilihan dari segi tawaran harga dan jarak kursus dikendalik­an.

“Setakat ini, kita cuma ada satu agensi tunggal yang mengendali­kan kursus perkahwina­n dan dibantu oleh pegawai-pegawai jabatan agama,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap bahagian di negeri ini perlu ada agensi yang boleh mengendali­kan kursus perkahwina­n.

Langkah berkenaan katanya, sudah tentu akan memberi manfaat kepada banyak pihak.

Turut hadir, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar, Pengerusi Muis Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Taha dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Yusof Abd Abbas.

 ??  ?? AIDI (tiga kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil agensi yang terlibat dalam majlis Sambutan Raya Perdana itu. Turut kelihatan Hasbullah (dua kiri), Bongsu (lima kanan) dan Yusof (empat kanan).
AIDI (tiga kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil agensi yang terlibat dalam majlis Sambutan Raya Perdana itu. Turut kelihatan Hasbullah (dua kiri), Bongsu (lima kanan) dan Yusof (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia