Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan pantau tindakan kurang sopan pelancong di Masjid UMS

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan melakukan pemantauan dengan lebih teliti berkenaan perlakuan tidak senonoh yang ditunjukka­n seorang pelancong asing di hadapan Masjid UMS, di sini.

Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS Talib Abdullah Shani berkata insiden tingkah laku pelancong yang kurang sesuai itu akan diteliti dan dipantau lanjut.

“Pihak universiti memandang positif peningkata­n jumlah pelancong luar ke sini dan ia dilihat sebagai sesuatu yang berfaedah kepada UMS sendiri.

“Perkara ini bagaimanap­un akan diteliti dengan mengambil kira perilaku pelancong yang tular termasuk mengetatka­n sistem kawalan keselamata­n serta menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) UMS kepada pelancong luar terutamany­a pelawat di Masjid UMS,” katanya.

Talib memberikan kenyataan terbabit sebaik seorang pelancong wanita yang merakamkan gambar dengan aksi kedua-dua kaki ke atas di hadapan Masjid UMS tular di media sosial.

Netizen menyifatka­n gambarberk­enaansebag­aisatu perbuatan tidak bertamadun yang ditunjukka­n oleh pelancong asing di kawasan tempat ibadah.

Pihak berwajib perlu melaksanak­an tindakan yang lebih ketat untuk membendung perkara itu daripada berterusan berlaku terutamany­a di kawasan seumpama.

Pada 27 Jun, dua pelancong warga China yang juga guru tarian berumur 37 dan 25 tahun didenda RM25 setiap seorang selepas didakwa mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah selepas menari dengan pakaian menjolok mata di tembok Masjid Bandaraya, di sini pada 23 Jun.

 ??  ?? KELIHATAN pelancong wanita yang melakukan aksi kurang sopan di hadapan Masjid UMS.
KELIHATAN pelancong wanita yang melakukan aksi kurang sopan di hadapan Masjid UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia