Utusan Borneo (Sabah)

Ketekunan mendiang Francis Cheong jadi contoh anak muda

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Penglibata­n dan ketekunan karyawan mendiang Francis Cheong dalam mencorakka­n dunia seni visual di negeri ini seharusnya menjadi contoh kepada anak-anak muda.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew berkata, beliau secara peribadi turut teruja dengan hasil karya Francis yang terdiri daripada pelbagai genre dan media.

Katanya, karya tembikar dan lukisan yang dihasilkan seterusnya dipamerkan pada majlis berkenaan juga membuktika­n kekreatifa­n dan bakat mendalam artis berkenaan.

“Kerajaan baharu amat menghargai sumbangan artisartis pengkarya kepada negeri Sabah khususnya dan amat teruja dengan penganjura­n pameran seumpama ini.

“Pameran ini adalah satu cara kita untuk memastikan legasi para pengkarya negeri seperti mendiang Francis Cheong terpelihar­a dan dapat dinikmati oleh generasi masa akan datang,” katanya ketika merasmikan penutupan Pameran Retrospekt­if Francis Cheong, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian.

Menurut Christina, artis berbakat pelbagai itu difahamkan turut mempunyai minat mendalam dalam bidang fotografi dan kebanyakan dipotretka­n dalam bentuk lukisan dengan memiliki ratusan koleksi karya catan air.

Justeru, beliau berharap pameran seumpama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang dan mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n dan Alam Sekitar Datuk Rosmadi Sulai berkata, pihak berkenaan masih menyiasat dakwaan mengenai pelancong yang diganggu oleh etnik minoriti Palauh ketika menaiki bot di sekitar pulau Semporna.

Menurutnya, pihaknya akan mengeluark­an kenyataan setelah mendapat keputusan rasmi daripada pihak berkenaan, sama ada dakwaan yang viral di Facebook betul atau sebaliknya.

 ??  ??
 ??  ?? ROSMADI (kiri) menunjukka­n hasil lukisan mendiang Francis Cheong pada majlis penutupan itu.
ROSMADI (kiri) menunjukka­n hasil lukisan mendiang Francis Cheong pada majlis penutupan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia