Utusan Borneo (Sabah)

Masuk secara haram: Enam warga asing dipenjara empat bulan

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Enam warga asing yang memasuki negara ini tanpa pas yang sah, dikenakan penjara empat bulan, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Hakim Azreena menjatuhka­n hukuman itu terhadap semua tertuduh, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imgiresen 1959/63.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM10,000 atau penjara selama lima tahun, atau kedua-duanya serta sebatan.

Mohamad Husan, Angelou Tilad, Anuar Bensali, AlMunib Balahim, dan Ajlan Muksan turut dikenakan satu sebatan.

Bagaimanap­un tiada sebatan dikenakan terhadap tertuduh wanita Fetimah Jenilyn.

Mereka ditangkap pihak berkuasa antara 25 Mei hingga 7 Julai, di sekitar kawasan ibu negeri dan di dua daerah berasingan, Kudat dan Papar.

Semasa rayuan, semua tertuduh memohon hukuman mereka diringanka­n dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Mahkamahme­merintahka­n mereka menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap, seterusnya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia