Utusan Borneo (Sabah)

Deretan rumah setinggan terbakar

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Deretan rumah setinggan lapan pintu jenis tidak kekal musnah terbakar di Jalan Kokol, Manggatal, di sini pada Rabu.

Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Ahmady Bongsu berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 3.18 petang.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran melibatkan rumah tidak kekal dengan anggaran keluasan 100x30 kaki persegi yang musnah keseluruha­n.

“Pasukan bomba membuat pemadaman api menggunaka­n sumber air dari jentera dan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.49 petang,” katanya.

Ahmady berkata, tiada kecederaan serta bahaya lain dilaporkan dan operasi ditamatkan pada jam 5.24 petang.

Tambahnya punca kebakaran masih dalam siasatan.

 ??  ?? KEADAAN deretan rumah setinggan selepas terbakar di Jalan Kokol, Menggatal pada Rabu.
KEADAAN deretan rumah setinggan selepas terbakar di Jalan Kokol, Menggatal pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia