Utusan Borneo (Sabah)

NGO Felda sedia bantu kerajaan selesai isu hutang peneroka

-

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafaka­tan NGO Felda (MPNF) bersedia membantu kerajaan dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (Felda) dalam mencari penyelesai­an isu hutang peneroka yang didakwa mencecah purata RM100,000 seorang.

Pengerusin­ya Mazlan Aliman berkata isu hutang peneroka itu perlu ditangani segera memandangk­an ia juga antara janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang dibuat Pakatan Harapan (PH) kepada warga Felda.

“Perkara ini perlu dimulakan dengan semakan jumlah sebenar keseluruha­n hutang peneroka oleh Felda... apabila dapat jumlah sebenar barulah kerajaan (PH) akan dapat laksanakan janji 100 hari (pentadbira­n) mereka.

“Ini merupakan tanggungja­wab Felda dan MPNF untuk sama-sama selesaikan isu hutang peneroka dan selepas janji itu ditunaikan kerajaan, satu mekanisme perludilak­sanakanaga­rhutang peneroka dapat dikecilkan serta projek tanaman semula tidak lagi menjadi beban kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perjumpaan pertama dengan pihak pengurusan Felda di Menara Felda, di sini,pada Khamis yang juga dihadiri Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Muhammad Fadzil Hasan dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Suara Generasi Ke-2 Felda Jamaluddin Ahmad.

Turut hadir Pengerusi Kami Anak FELDA (KAF) Fakrurrazi Habib, Presiden Majlis Belia FELDA (MBFM), Mohd Fadzli Hassan dan Sekretaria­t Majlis Permuafaka­tan NGO FELDA, Ridhuan Esa.

Dalam pada itu, Mazlan berkata pada mesyuarat itu, pihak pengurusan Felda juga telah menyatakan komitmen untuk menyelesai­kan isu Perumahan Generasi Baru Felda yang terbengkal­ai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia