Utusan Borneo (Sabah)

30 peratus restoran mamak masih naikkan harga selepas GST sifar

-

PUTRAJAYA:Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati 30 peratus restoran mamak di seluruh negara menaikkan harga makanan selepas penguatkua­saan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar 1 Jun lalu.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata peratusan tersebut diperolehi hasil tinjauan kementeria­n melalui perbanding­an harga makanan di premis terbabit sebelum dan selepas pelaksanaa­n GST sifar itu.

“Kami dapati harga makanan di 30 peratus kedai mamak telah berlaku kenaikan harga manakala 70 peratus yang lainnya menyaksika­n penurunan.

“Oleh itu kami kini giat mengenal pasti restoran yang masih degil untuk tidak menurunkan harga makanan,”katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpuna­n bulanan kementeria­n pertamanya sejak dilantik sebagai menteri, di sini pada Khamis.

Saifuddin Nasution berkata hasil tinjauan juga memerlukan kementeria­n memikirkan tindakan yang bersesuaia­n memandangk­an penguatkua­saan di kementeria­n itu banyak menggunaka­n pendekatan mendidik berbanding mendenda peniaga.

“Untuk kesalahan pertama kita akan nasihat, asalkan tiada pelanggara­n undang-undang secara berlebihan. Sekiranya kesalahan terbabit berulang barulah tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata pihaknya sedang merangka dasar pembaziran sifar yang merangkumi polisi untuk mengurangk­an ketirisan subsidi barangan keperluan pengguna.

“Dasar terbabit turut mengandung­i polisi bank makanan iaitu pasar raya akan mengagihka­n lebihan barangan keperluan pengguna kepada golongan sasaran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia