Utusan Borneo (Sabah)

Penyelamat Jepun cari puluhan masih hilang

Selepas hujan lebat menyebabka­n banjir, tanah runtuh yang mengorbank­an hampir 200 nyawa

-

TOKYO: Penyelamat Jepun mencari puluhan orang yang masih hilang dalam puing rumah semalam selepas hujan lebat mengorbank­an hampir 200 nyawa.

Operasi masih dijalankan untuk kerja penggalian dan pembersiha­n ekoran kejadian tanah runtuh dan banjir teruk yang telah menenggela­mi seluruh kawasan kejiranan.

Namun dengan kira-kira 60 orang yang dikhuatiri masih hilang, pihak berkuasa tempatan berkata mereka akan terus mencari mangsa atau orang yang terselamat dari rumah ke rumah.

“Tempoh 72 jam yang genting sudah berlalu,” akui Mutsunari Imawaka, seorang pegawai di majlis daerah Okayama, salah sebuah wilayah paling teruk terjejas.

“Namun kami akan terus menjalanka­n pencarian kerana percaya mangsa selamat masih ada,” katanya kepada AFP.

Dia berkata sekurangku­rangnya 18 orang hilang di Okayama sahaja, dan beberapa ribu lagi sedang memeriksa rumah di seluruh wilayah berkenaan.

Rakaman televisyen me-nunjukkan puluhan penyelamat,termasukan­ggota tentera, yang mengalih batu besar dengan penggali mekanikal dari rumah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.

Penyelamat juga menyodok tanah secara manual untuk mencari orang hilang.

Hujan berkenaan merupakan bencana berkaitan cuaca yang menyebabka­n

mencari orang hilang dalam puing rumah yang musnah akibat tanah runtuh selepas hujan lebat di Bandar Kumano, wilayah Hiroshima, Jepun kelmarin. — Gambar Reuters

paling banyak kematian dalam tempoh lebih tiga dekad di Jepun, dan saiz bilangan kematian menimbulka­n persoalan me-ngenai sama ada pihak ber-kuasa sudah cukup bersedia ataupun tidak.

Jurucakap kerajaan Yoshihide Suga kelmarin berkata dasar pengurusan bencana akan diteliti semula.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita telah menyaksika­n kerosakan akibat hujan lebat yang jauh lebih buruk berbanding pada tahun-tahun yang lalu,” katanya.

“Kita perlu meneliti semula apa yang kerajaan dapat buat untuk mengurangk­an risiko.”

Perdana Menteri Shinzo Abe, yang membatalka­n lawatan asing apabila bilangan kematian meningkat pada minggu ini, menepis kritikan mengenai tindakan yang diambil ketika melawat Okayama kelmarin.

“Kami sudah melakukan yang terbaik sejak bencana berlaku,” media tempatan memetiknya sebagai berkata.

Semalam, beliau berjanji untuk meningkatk­an lagi bantuan bagi kawasan terjejas dan berkata kerajaan sudah menyediaka­n 71,000 rumah sementara untuk mereka yang dikeluarka­n dari rumah mereka.

“Melihat ke hadapan, memandangk­an kami menjangkak­an sejumlah sampah yang begitu banyak disebabkan oleh bencana, saya merancang untuk menghantar sebuah pasukan ke setiap da-erah bagi menyokong” usaha pembersiha­n, kata Abe, me-nurut rakaman bagi mesyuarat pagi yang disiarkan menerusi televisyen tempatan.

Kerajaan sudah menyatakan ia akan memperuntu­kkan kira-kira AS$20 juta (RM74 juta) untuk usaha bantuan dan Abe berkata sokongan kewangan akan diberikan kepada kerajaan tempatan untuk membantu dalam usaha pembinaan semula.

Abe, yang dijangka melawat sebuah lagi kawasan yang terjejas akibat banjir pada hari ini (Jumaat), berkata kerajaan akan “melakukan segalanya yang termampu supaya rakyat tidak perlu terus hidup dalam situasi yang tidak selesa di pusat perlindung­an”.

Kira-kira 10,000 orang dengan kediaman yang ditimbus oleh kejadian tanah runtuh atau ditenggela­mi air banjir masih tinggal di pusat perlindung­an.

Malah sebahagian daripada mereka dengan kediaman yang tidak rosak menghadapi masalah dengan kekurangan bekalan air dan elektrik.

Kenderaan tentera digunakan untuk membawa air minuman ke kawasan tanpa bekalan, dan semakin ramai sukarelawa­n mendaftar diri untuk membantu dalam operasi pembersiha­n atau memberi derma.

Skala bencana bermakna proses untuk kembali kepada kehidupan biasa adalah perlahan, kata pegawai.

“Kami tidak tahu berapa lama masa yang akan diambil bagi pemulihann­ya,” kata pegawai Okayama, Imawaka.

“Sistem jalan dan sistem air rosak, jadi ia adalah susah untuk membuat ramalan buat masa sekarang.”

Pihak berkuasa memberi amaran tentang risiko kejadian tanah runtuh yang masih berlaku, dengan hujan diramalkan di beberapa kawasan semalam, selain strok haba di tempat lain di mana suhu hampir mencecah 35 darjah Celsius.

 ??  ?? PENYELAMAT
PENYELAMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia