Utusan Borneo (Sabah)

Kematian dua bayi selepas suntikan vaksinasi di Samoa disiasat

-

WELLINGTON: Pakar kesihatan antarabang­sa melancarka­n siasatan semalam untuk mengetahui kenapa dua bayi di Samoa meninggal dunia sejurus selepas mereka menerima suntikan vaksinasi kanak-kanak dalam tragedi yang telah menggegark­an negara Pasifik itu.

Negara kecil itu telah menggantun­g program vaksinasi dan merampas semua dos untuk ujian ekoran kematian tersebut di Hospital Daerah Safotu pada Jumaat lepas.

Jabatan kesihatan berkata dua bayi berusia setahun, seorang lelaki dan seorang perempuan, meninggal dunia sejurus selepas diberi vaksin untuk campak, beguk dan rubela (MMR).

Seorang pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah tiba untuk menyiasat dan seorang pakar dari UNICEF juga sedang dalam perjalanan, bersama seorang pakar patologi forensik untuk menjalanka­n bedah siasat, tambahnya.

“Kita akan menyiasat puncanya dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan nyawa kanakkanak Samoa tidak akan dikompromi pada masa depan,” kata ketua pengarah kesihatan Take Naseri.

Perdana Menteri Samoa, Tuilaepa Sailele Malielegao­i, menyampaik­an ucapan takziah di atas kematian berkenaan yang telah menggegark­an negara dengan 195,000 penduduk itu.

Malielegao­i, yang hampir kehilangan cucu lelakinya beberapa tahun lalu dalam keadaan yang sama, berkata inkuiri akan menyiasat sama ada kecuaian adalah faktor ataupun tidak.

Pakar perubatan berkata punca kematian berkenaan masih tidak diketahui dan memberi amaran bahawa tragedi itu tidak harus dieksploit­asi oleh aktivis antivaksin­asi.

“Mesej ialah – tolong faham bahawa vaksinasi sangat selamat, ia sangat wajar dan semua orang harus meneruskan janji temu mereka seperti yang dirancang sekarang,” kata presiden Persatuan Perubatan Australia, Tony Bartone, kepada Sky News.

Pakar vaksinolog­i Universiti Auckland, Helen Petousis-Harris, berkata hampir setiap kanak-kanak di dunia menerima vaksin MMR atau suntikan serupa dan kematian amat jarang sekali berlaku.

“Terdapat dua sebab utama kenapa sesuatu seperti ini mungkin berlaku,” katanya.

“Kesilapan perubatan, di mana vaksin disediakan untuk suntikan dengan cara yang tidak betul dan bahan yang salah disuntik, atau pencemaran vaksin kerana meninggalk­annya pada suhu bilik bagi jangka waktu yang lama.”

Data WHO menunjukka­n campak membunuh kira-kira 134,000 kanak-kanak setahun dan rubela menyebabka­n kira-kira 100,000 kanakkanak dilahirkan dengan kecacatan pada waktu lahir seperti kepekakan.

Kebimbanga­n mengenai vaksin MMR timbul pada 1998 apabila satu kajian Britain, yang sudah ditolak, mengaitkan­nya dengan autisme.

Walaupun kajian itu didapati satu penipuan dan kaitan dengan autisme berjaya dibongkark­an kepalsuann­ya, kadar vaksinasi telah menurun di beberapa negara apabila ibu bapa menghalang kanakkanak daripada menerima suntikan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia