Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan berarak di Peru untuk tuntut reformasi kehakiman

-

LIMA: Ratusan warga Peru berarak kelmarin untuk menuntut reformasi kehakiman selepas rakaman audio muncul dan mendedahka­n rasuah yang didakwa berlaku di kalangan hakim dan anggota badan yang bertanggun­gjawab melantik majistret di negara itu.

“Keluar geng penjenayah; keluar hakim rasuah; keluar tikus!” kata plakad yang dibawa oleh pekerja dan pelajar di San Martin Plaza, tidak jauh dari Istana Kerajaan di Lima.

Protes itu dicetuskan oleh penerbitan rakaman audio yang menimbulka­n skandal di antara Ahad hingga kelmarin – di mana hakim dan anggota Majlis Majistret Negara dipercayai menawarkan hukuman lebih ringan, meminta sogokan atau menetapkan kadar bagi tindakan yang tidak wajar.

Menurut Presiden Martin Vizcarra, rakaman itu mendedahka­n “bukan sahaja sikap tidak bermoral yang begitu buruk di kalangan mereka yang diseru untuk menegakkan keadilan, tetapi juga kewujudan mekanisme dan kejahatan yang menyalahgu­nakan pentadbira­n keadilan dan mesti dibasmi”.

Beliau menggesa Kongres yang dikuasai pembangkan­g bahawa mereka “tidak ada masa untuk dibuang” bagi menangani apa yang beliau sebut sebagai “masalah struktur”.

“Kita telah menyeru kepada rakyat Peru untuk membantah kerana kita tidak boleh membiarkan lagi sebarang rasuah,” kata Jorge Bracamonte, setiausaha eksekutif Penyelaras Hak Asasi Manusia Peru.

Beliau menambah matlamat protes itu adalah “untuk menuntut reformasi sistem keadilan di negara ini oleh cabang-cabang eksekutif dan kehakiman”.

Sementara itu “semua kita rasa malu mengenai apa yang kita telah dengar, ia membuktika­n situasi genting yang menyelubun­gi badan kehakiman” adalah reaksi Pedro Cateriano, bekas presiden Majlis Menteri Peru di bawah Ollanta Humala (2011-2016), yang menyertai perarakan bersama bekas menteri kebudayaan Diana Alvarez Calderon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia