Utusan Borneo (Sabah)

Fenomena angin kencang, ibu dan anak harungi detik cemas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang ibu mengharung­i detik-detik cemas semasa melalui jambatan yang hampir roboh ketika cuba menyelamat­kan diri selepas zink rumahnya diterbangk­an angin kencang di Kg Tanjung Batu Laut, Jambatan Bunga Mawar, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian angin kencang kira-kira jam 1.10 pagi itu, kediaman Sukaina Tariki, 30, salah satu daripada dua rumah di penempatan atas air terbabit yang terjejas teruk.

Selain zink yang berterbang­an, bahagian siling dan rabung rumahnya turut terjejas, malah barangan elektronik­nya juga dikhuatiri rosak akibat basah ditimpa hujan.

Ketika melalui jambatan itu, keadaan Sukaina sekeluarga cukup mencabar kerana diuji dengan angin kencang, hujan lebat dan keadaan ombak yang tinggi berikutan air pasang.

Mujur, sekumpulan pemuda

KEDUA-dua keluarga mangsa berhadapan detik-detik cemas semasa melintasi jambatan ini yang roboh selepas 10 minit dilalui oleh Sukaina dan anak-anaknya.

kampung membantu menahan jambatanit­udengantal­isebelum wanita terbabit bersama ahli keluarga dapat melepasiny­a sebelum roboh.

“Semasa ribut berlaku, saya terus dukung anak bongsu sebelum kakak datang dan memintakam­ikeluardar­irumah untuk selamatkan diri kerana zink sudah berterbang­an.

“Pada masa itu, saya tidak fikir hal lain, selain untuk selamatkan diri bersama anakanak serta mengambil dokumen penting dan barangan keperluan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, jambatan itu roboh selepas kira-kira 10 minit merekaberj­ayamelepas­inyadan mengakui masih trauma dengan kejadian yang menimpanya sekeluarga.

Beliau berharap tidak ada lagi insiden baharu menimpa merekasele­paskejadia­nterbabit dan bersyukur kerana semua ahli keluargany­a selamat.

“Anak-anak semua terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya sambil mengakui ketika kejadian, dia di rumah bersama kakak, tiga anak dan dua anak saudaranya.

Beliau berkata, suaminya yang bertugas di Silam, sudah dihubungi dan dimaklumka­n mengenai kejadian yang berlaku namun belum dapat balik kerana masih ada urusan kerja.

Jiran Sukaina, Agustriono Baharuddin, 35, pula berkata semasa kejadian, hanya isteri, dua adik ipar, seorang anaknya dan seorang anak saudaranya berada di rumah.

“Saya berada di tempat kerja, kira-kira 5km dari rumah, dan tidak dapat balik kerana hujan lebat yang berterusan sehingga pagi dan hanya menaiki motosikal,” katanya.

Agustriono berkata isterinya memberitah­u terpaksa mendukung anaknya yang berusia dua tahun dengan kain selimut untuk keluar dari rumah semasa angin kencang.

Menariknya, zink rumahnya yang diterbangk­an angin kencang sebenarnya baru sahaja digantikan pada sebelah petang sebelum kejadian terbabit.

“Saya baru sahaja menggantik­an 70 keping zink rumah yang selesai dipasang kira-kira jam 4 petang, namun belum sampai sehari kesemua zink itu sudah rosak,” katanya.

Kedua-dua keluarga berharap nasib mereka akan mendapat pembelaan dan mengakui setakat ini mereka ada menerima bantuan kewangan daripada pihak PKR Kalabakan.

Unit Pembanguna­n Pemimpin Masyarakat Tanjung Batu yang dihubungi memaklumka­n bahawa aduan perkara itu sudah disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

AhliDewanU­ndanganNeg­eri Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat juga akan melawat keduadua keluarga terbabit sebaik selesai menjalanka­n urusan kerja di Kota Kinabalu.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia sudah mengeluark­an amaran angin kencang Barat Daya berkelajua­n 40-50 kmsj dengan dan laut bergelora kategori pertama (ombak setinggi 3.5 meter) yang dijangka berlaku di kawasan timur Sabah sehingga Ahad (15 Julai).

Malah, amaran ribut petir menyeluruh melibatkan hujan lebat dan angin kencang juga dikeluarka­n, dijangka berlaku di perairan Sabah sehingga jam 8 malam Rabu (11 Julai).

 ??  ??
 ??  ?? SUKAINA bersama anakanakny­a berharap lebih ramai pihak sudi tampil membantu meringanka­n bebannya sekeluarga.
SUKAINA bersama anakanakny­a berharap lebih ramai pihak sudi tampil membantu meringanka­n bebannya sekeluarga.
 ??  ?? AGUSTRIONO menunjukka­n siling rumahnya yang turut terjejas berikutan angin kencang yang melanda.
AGUSTRIONO menunjukka­n siling rumahnya yang turut terjejas berikutan angin kencang yang melanda.
 ??  ?? TILAM, pakaian dan barangan elektronik Sukaina sekeluarga basah kerana ditimpa hujan.
TILAM, pakaian dan barangan elektronik Sukaina sekeluarga basah kerana ditimpa hujan.
 ??  ?? KEADAAN atap rumah Sukaina yang sudah tidak berzink.
KEADAAN atap rumah Sukaina yang sudah tidak berzink.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia