Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan terus ungguli Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen

-

LABUAN: SMK Labuan terus mengunggul­i Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 apabila menjuarain­ya buat tahun kelima berturut-turut sejak 2014.

Lebih manis, pembahas SMK Labuan, Eon Lee Jia Wen (Ketua Pembangkan­g) dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertanding­an Akhir.

Selain menerima piala dan sijil, SMK Labuan akan mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan ke Pertanding­an Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Selangor pada 30 Julai hingga 2 Ogos depan.

Pembahas SMK Labuan dibarisi Adrian, Kenny Alfred, Louis Ker Wei Zhun, Richard Ian Tanakinjal dan Eon Lee Jia Wen yang kesemuanya pelajar Tingkatan Empat.

Jurulatih dan guru pengiring SMK Labuan terdiri daripada Cheah Teong Aik selaku Penolong Kanan Kokurikulu­m, Juliana @ Bibiana Nain (Guru Kanan Bidang Bahasa), Norah Tan, Nasthasia Masiri, Juriati Jumat dan Shahira Nadzira Ridzal (Jurulatih).

Pertanding­an itu yang dikelolaka­n SMK Pantai dan disertai SMK Labuan, SMK Lajau, SMK Pantai, SMK Mutiara, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Rancha-Rancha, SM St Anne dan SM St Anthony.

Di pusingan awal, SMK Labuan menewaskan SMK Mutiara manakala di separuh akhir, SMK Labuan menang ke atas SM St Anthony. SMK Labuan mengecewak­an tuan rumah, SMK Pantai IBWS di pentas akhir untuk membawa balik anugerah selaku juara bertahan.

Tempat ketiga bersama dimenangi SM St Anthony dan SMK Taman Perumahan Bedaun.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Ketua Sektor Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Labuan Asbola @Hasbollah Amit.

Turut hadir, Ketua Unit Ko-kurikulum Subari Dwar dan Pengetua SMK Pantai Sahar Misron.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah merakamkan ucapan tahniah dan penghargaa­n kepada pasukan pembahas Bahasa Inggeris kerana bukan sahaja muncul johan tetapi juga mampu mengekalka­n kehebatan mereka selama lima tahun berturut-turut.

Sambil mengucapka­n terima kasih atas bimbingan jurulatih, beliau berharap pembahas akan memberikan saingan sengit kepada pasukan lain di peringkat kebangsaan hujung bulan ini.

“Saya berharap SMK Labuan mampu melangkah lebih jauh di peringkat kebangsaan kelak. Syabas buat pembahas dan jurulatih SMK Labuan,” katanya.

 ??  ?? PEMBAHAS SMK Labuan, Eon Lee Jia Wen.
PEMBAHAS SMK Labuan, Eon Lee Jia Wen.
 ??  ?? CHEAH (lima kanan) dan jurulatih meraikan kejayaan SMK Labuan.
CHEAH (lima kanan) dan jurulatih meraikan kejayaan SMK Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia