Utusan Borneo (Sabah)

Perdana Taekwondo Club hantar empat atlet terbaik

-

LAHAD DATU : Perdana Taekwondo Club (PTC) telah menghantar seramai empat atlet terbaik mereka bagi menyertai kejohanan 10thRTSRem­ajaInterCl­ub Invitation­al Taekwondo Championsh­ip 2018 yang akan berlangsun­g bermula 13 sehingga 15 Julai ini bertempat di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ketua Jurulatih PTC, Master Bernardo Vivero berkata, keempat-empat atlet tersebut dibarisi oleh Fressered Tenner,9, merupakan murid tahun 3 Sekolah SK St Stephen LahadDatu,StewordPit­rus dan Maxwelther­njohn berusia 11 tahun dari sekolah SK Bukit Belacon Lahad Datu dan Dayang Naziha Datu Mazlan, 15, merupakan pemenang pingat emas di Kejohanan antarabang­sa CK dan pemenang pingat remaja kebangsaan 2017 pelajar dari SMK Sepagaya.

“Ini adalah penyertaan pertama pasukan PTC di kejohanan ini dan saya berharap Dayang boleh mengulangi kejayaanya pada tahun lalu di peringkat kebangsaan selain berharap tiga atlet lain turut dapat menyumbang pingat emas untuk kelab PTC khasnya dan Sabah amnya.”katanya.

Menurut Bernardo, keempat-empat atlet tersebut pernah diserapkan dalam Pelapis Negeri Sabah dan banyak memenangi pingat emas di peringkat negeri, mereka kini telah menjalani latihan intensif sepanjang tahun yang di kendalikan oleh beliau sendiri.

Sementara itu, keberangka­tan rombongan PTCsemalam,turutdiiri­ngi oleh Presiden Perdana Taekwondo Club Datu Mazlan Datu Ibrahim.

 ??  ?? MAXWELTHER­NJOHN
MAXWELTHER­NJOHN
 ??  ?? DAYANG NAZIHA
DAYANG NAZIHA
 ??  ?? FRESSERED
FRESSERED
 ??  ?? STEWORD
STEWORD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia