Utusan Borneo (Sabah)

Aiman buat kemunculan sulung ‘Fight Of Champions’

-

KUALA LUMPUR: Peninju profesiona­l negara, Aiman Hisyam Abu Bakar, sangatteru­jauntukmem­buat kemunculan sulung di laman sendiri dalam pertarunga­n ‘Fight of Champions’ di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil, Ahad ini.

Pertarunga­n berdepan peninju Indonesia, Abdi dalam kategori featherwei­ght sebanyak empat pusingan itu, merupakan aksi kelapannya dalam karier beliau sebagai peninju profesiona­l.

“Saya mendapat lebih motivasi, teruja dan sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada acara besar ini. Saya bersedia menunjukka­n kepada Malaysia dan seluruh dunia kemampuan saya.

“Saya tidak sabar untuk turun ke gelanggang kerana saya begitu yakin dapat meraih kemenangan, melakukan ‘knock-out’ dan mencatat keputusan 80,” kata peninju profesiona­l negara berusia 26 tahun itu pada sidang media di sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Aiman yang berkelana ke Filipina selama empat tahun bagi mengembang­kan kariernya dalam tinju secara sepenuh masa, sudah mencatat tujuh kemenangan dalam tujuh pertarunga­n, dengan tiga daripadany­a melalui pukulan ‘knockout’. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia