Utusan Borneo (Sabah)

Kalabakan Plantation, KHB adakan perlawanan bola sepak dan bola tampar persahabat­an

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Kalabakan Plantation Sdn Bhd telah mengadakan perlawanan persahabat­an bola sepak dan bola tampar bersama Kretam Holding (KHB) di Padang dan Gelanggang Kalabakan Plantation baru-baru ini.

Pengurus Kanan Kalabakan Plantation Sdn Bhd, Masdar Hj Mahmud berkata, perlawanan persahabat­an yang julung kali diadakan bersama Kretam Holding ini merupakan usaha untuk mewujudkan jalinan persahabat­an dan silaturahi­m di antara syarikat ladang sawit.

“Jalinan persahabat­an di antara kedua syarikat ini sangat penting memandangk­an Kretam Holding merupakan jiran yang sangat dekat dengan ladang Kalabakan dan berkongsi jalan yang sama” katanya

Masdar yang juga merupakan ketua pasukan kalabakan berkata, Melalui sukan persahabat­an ini, semua kakitangan kedua-dua ladang dapat bertegur sapa dan bertukar-tukar idea berkenaan dengan kerja memandangk­an skop kerja yang sama agar mewujudkan kualiti kerja yang baik.

Pengurus merangkap Ketua pasukan Kretam Holding, Mustapa Sindring berkata, perlawanan persahabat­an ini harus selalu diadakan demi menjaga kekeluarga­an diantara kedua ladang yang berjiran.

“Tahniah kepada Kalabakan Plantation Sdn Bhd kerana inspirasi ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya dan mencapai matlamat yang diinginkan serta berharap akan ada lagi perlawanan seperti ini diadakan pada masa akan datang” katanya.

 ??  ?? PASUKAN Bola Sepak Kalabakan Plantation Sdn Bhd bergambar bersama sebelum memulakan perlawanan persahabat­an.
PASUKAN Bola Sepak Kalabakan Plantation Sdn Bhd bergambar bersama sebelum memulakan perlawanan persahabat­an.
 ??  ?? PASUKAN Bola Tampar bergambar bersama.
PASUKAN Bola Tampar bergambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia