Utusan Borneo (Sabah)

Dalic yakin keletihan bukan satu masalah buat Croatia

-

MOSCOW, Rusia: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic berasa yakin keletihan bukan satu masalah untuk pasukannya apabila menentang Perancis di final Piala Dunia walaupun sekali lagi dipaksa bermain sehingga masa tambahan untuk menewaskan England pada perlawanan separuh akhir Rabu lepas.

Croatia menang 2-1 pada perlawanan di Moscow, dengan Mario Mandzukic menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke109 selepas Ivan Perisic mengikat gol pembukaan England yang dijaringka­n Kieran Trippier.

Croatia jelas keletihan tetapi mereka berjaya bersaing sehingga akhir masa tambahan untuk membawa negara dengan hanya empat juta penduduk ke final buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Bagaimanap­un, kebimbanga­n utama menjelang perlawanan Ahad ini ialah keletihan, dengan Croatia juga dipaksa bermain sehingga penentuan sepakan penalti sebanyak dua kali apabila menewaskan Denmark di pusingan kedua dan Rusia di suku akhir.

Lawan mereka, Perancis, mempunyai rehat tambahan sehari selepas menewaskan Belgium 1-0 pada perlawanan hari Selasa.

“Inihebat.Duapemainb­ermain dengan keletihan tetapi tidak menunjukka­nnya. Dalam masa tambahan, tiada pemain mahu ditukarkan. Ini menunjukka­n karektor dan ia adalah apa yang menjadikan saya berasa bangga. Tiada siapa mengalah,” kata Dalic, di mana pasukannya bermain lebih satu perlawanan berbanding Perancis. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia