Utusan Borneo (Sabah)

Aidilfitri jambatan perpaduan masyarakat berbilang kaum

Aidilfitri jambatan perpaduan masyarakat berbilang kaum

-

KOTA MARUDU: Ketua MenteriDat­ukSeriPang­lima Mohd Shafie Apdal berkata, melupakan persengket­aan terutama sekali semasa pilihan raya umum yang lalu adalah tindakan terbaik, bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga masyarakat berbilang kaum di seluruh negeri.

“Kita tidak mahu menyimpan sikap balas dendam terhadap sesiapa sahaja terutama sekali parti lawan yang dulunya kerajaan tetapi sekarang ini pembangkan­g.

“Malah kita mahukan satu perubahan terbaik untuk menjadikan masyarakat di negeri ini lebih akrab dalam apa juga agenda perjuangan terutama sekali pembanguna­n negeri Sabah dalam kepelbagai­an.

“Sehubungan itu, saya berharap rakyat lebih bijak memilih yang mana lebih baik untuk diteruskan dan jangan sesekali menyimpan perasaan balas dendam terhadap sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau yang juga presiden Parti Warisan Sabah berkata demikian di Majlis Rumah Terbukaanj­uranPartiW­arisan Bahagian Kota Marudu di Dewan Komuniti di sini.

Beliau diwakili oleh Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto Sipin Padua Jr.

Terdahulu, Ketua Bahagian Parti Warisan Bahagian Kota Marudu Datuk Baintin Adun @Abdul Halim berkata, sambutan Aidilfitri itu merupakan perayaan yang boleh mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara umat Islam dan mereka yang bukan beragama Islam.

Katanya ia sesuai dengan tuntutan Allah SWT yang mahukan mereka bersatu dalam apa juga kerjaya yang membina perpaduan kaum.

“Melalui perayaan Aidilifitr­i jugakitabo­lehmengemb­alikan suasana suram kepada lebih ceria dengan melupakan persengket­aan masa lampau apatah lagi semasa kempen PRU lalu yang banyak melakar sejarah pahit dan manis,” katanya.

Tambahnya melalui perayaan itu juga mereka dapat berinterak­si di antara satu dengan yang lain terutama sekali orang baharu atau generasi muda.

Sambutan Aidilfitri kali pertama Parti Warisan Bahagian Kota Marudu itu dihadiri lebih 2,000 anggota masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada penyokong parti Warisan, Upko, PKR, Umno, GS dan pemimpin masyarakat Tionghua Kota Marudu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi, Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Kota Marudu merangkap Ketua Penyelaras Parti Warisan Daerah Matunggong Barlus Mangabis, Naib Ketua Bahagian Parti Warisan Kota Marudu Majamis Timbuong, Yang Dipertua Veteran Angkatan Tentera Negeri Sabah Dato’ Zaman Bayang dan pengerusi penganjur Mohd Ari Nadzrah Abdul Rahman.

Saya berharap rakyat lebih bijak memilih yang mana lebih baik untuk diteruskan dan jangan sesekali menyimpan perasaan balas dendam terhadap sesiapa sahaja.

DATUK SERI PANGLIMA MOHD. SHAFIE HAJI APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? DARI kiri: Baintin, Loretto, Majamis dan Barlus menyanyika­n lagu-lagu raya untuk menghibur para hadirin.
DARI kiri: Baintin, Loretto, Majamis dan Barlus menyanyika­n lagu-lagu raya untuk menghibur para hadirin.
 ??  ?? PERGERAKAN Wanita Warisan Bahagian Kota Marudu turut menghibur para tetamu dengan lagu raya dan tarian kebudayaan.
PERGERAKAN Wanita Warisan Bahagian Kota Marudu turut menghibur para tetamu dengan lagu raya dan tarian kebudayaan.
 ??  ?? ANTARA tetamu veteran yang hadir di majlis itu.
ANTARA tetamu veteran yang hadir di majlis itu.
 ??  ?? LORETTO mengabadik­an gambar kenangan bersama Arnold, Baintin, Barlus dan yang lain.
LORETTO mengabadik­an gambar kenangan bersama Arnold, Baintin, Barlus dan yang lain.
 ??  ?? LORETTO mewakili Shafie merasmikan majlis itu.
LORETTO mewakili Shafie merasmikan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia