Utusan Borneo (Sabah)

Program bersama komuniti diberi keutamaan

-

INISIATIF terhadap komuniti sentiasa menjadi keutamaan syarikat Repsol Oil & Gas Malaysia Limited di negeri ini.

Pengurus Perhubunga­n Pemegang Taruh syarikat berkenaan Ahmad Fakrurrazi Arshad berkata, usaha itu sebagai salah satu rancangan mampan operasi Repsol.

Katanya, kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan diperkukuh dalam melaksanak­an program bersama komuniti.

“Program-program yang dianjurkan bersama komuniti bertujuan meningkatk­an tahap sosioekono­mi para golongan sasar.

“Pada masa sama, ia membantu Repsol mengeratka­n lagi jalinan kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Repsol Oil & Gas Malaysia Limited di Kota Kinabalu.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.

Ahmad Fakrurrazi berkata, menerusi majlis rumah terbuka itu, pihaknya berpeluang menyampaik­an penghargaa­n kepada agensi kerajaan, NGO dan pemain industri yang banyak memberi sokongan dan kerjasama kepada operasi serta program komuniti Repsol.

Pada majlis itu, seramai 50 anak yatim dan kanak-kanak istimewa dari empat rumah kebajikan di Kota Kinabalu dan Tuaran menerima sumbangan sempena Hari Raya.

 ??  ?? PARA tetamu dan penganjur merakamkan kenangan bersama penghuni Rumah Kebajikan Jireh Tuaran pada majlis itu.
PARA tetamu dan penganjur merakamkan kenangan bersama penghuni Rumah Kebajikan Jireh Tuaran pada majlis itu.
 ??  ?? JUHAR (dua kiri), Norlidah (tiga kiri) dan Ahmad (kiri) menyampaik­an sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim pada majlis itu.
JUHAR (dua kiri), Norlidah (tiga kiri) dan Ahmad (kiri) menyampaik­an sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia