Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Aidilfitri di Masjid Nur Hidayah Klias Kecil

- ANAK-ANAK yatim Al Aman dan golongan asnaf merakamkan gambar kenangan bersama para tetamu khas majlis itu.

BEAUFORT: Hampir seluruh tempat di Sabah pada ketika ini sedang sibuk mengadakan majlis jamuan Hari Raya sama ada secara besar-besaran atau sederhana.

Begitulah halnya dengan Masjid Nur Hidayah Klias Kecil yang telah melaksanak­an sambutan Aidilfitri bersama penduduk setempat secara sederhana dengan aktiviti bersama anak yatim Al Aman Beaufort.

Majlis Jamuan Hari Raya 2018 itu telah dianjurkan oleh jawatankua­sa Masjid Nur Hidayah Kg Klias Kecil yang dipengerus­ikan oleh Hj Mokhtar Hj Maslin.

Menurut Mokhtar, sambutanba­gitahunini­penuh bermakna kepada mereka kerana dapat mempelbaga­ikan aktiviti bagi meraikan beberapa anak yatim dari Al Aman Beaufort serta golongan asnaf di kawasan berkenaan.

Antara tetamu yang hadir di majlis itu ialah Ketua Wanita Parti Warisan Beaufort Hjh Johair Matlani dan Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah, Presiden Persatuan Warisan Masyarakat Bisaya Sabah Taufek Hj Ruchi, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Negeri Sabah Mohd Noor Wahab, Timbalan Presiden Persatuan Warisan Masyarakat Bisaya Sabah Yunus Hj Dayang, Setiausaha Agung Persatuan Warisan Masyarakat Bisaya Sabah Hasmadih Hj Tamsir, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Hj Jupry Etok serta Ahli Kelab Radio Amatur Pedalaman Bawah diketuai Mokhtar (presiden).

Dalam ucapannya, Johair mengucapka­n terima kasih kepada pihak jawatankua­sa Masjid Nur Hidayah Klias Kecil kerana sudi menjemput beliau untuk hadir di majlis berkenaan.

Katanya sambutan seperti itu adalah salah satu cara memperkuku­hkan lagi perpaduan masyarakat di semua kawasan tanpa mengira bangsa dan keturunan.

“Ikatan perpaduan serta ukhuah islamiah hendaklah sentiasa dikekalkan dan semestinya kita tidak

JOHAIR (tiga dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim.

membezakan fahaman politik semasa,” katanya.

Terdahulu, Taufek turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan itu.

Beliau berharap sambutan pada majlis berkenaan akan berterusan demi kepentinga­n masyarakat terutamany­a di kawasan Klias Kecil.

Dalam pada itu, Johair dan Taufek telah menyampaik­an sumbangan Hari Raya kepada 50 anak yatim Al Aman dan beberapa golongan asnaf di majlis berkenaan.

 ??  ?? TAUFEK menyampaik­an sumbangan kepada anakanak yatim.
TAUFEK menyampaik­an sumbangan kepada anakanak yatim.
 ??  ??
 ??  ?? 5. Para ahli Kelab Radio Amatur Pedalaman Bawah yang hadir.
5. Para ahli Kelab Radio Amatur Pedalaman Bawah yang hadir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia