Utusan Borneo (Sabah)

KBSS Tawau adakan program ziarah sempena Syawal

- Oleh NURUL ATIKAH ARIS (Pelatih UMS) MADRASAH Ad-Dinia Ar-Rahman (ADRA) Sungai Imam mengambil gambar kenangan bersama wakil KBSS.

TAWAU: Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Bahagian Tawau turut memeriahka­n bulan Syawal dengan mengunjung­i beberapa madrasah sekitar Tawau dan menyampaik­an sedikit sumbangan keperluan madrasah.

Program yang turut disertai lima pelajar praktikal dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu mengunjung­i lima madrasah iaitu Madrasah Darul Haiyag Sungai Imam, Madrasah Ad-Diniah ArRahman (ADRA), Sungai Imam, Madrasah Tahfiz AlQuran Al-Yusuffiah, Madrasah Sulaimaniy­yah Rayyah dan Madrasah Ad-Diniyyah AlFurqaniy­yah di Kampung Cina Ranggu.

Madrasah-madrasah yang dibina hasil sumbangan dan bantuan orang ramai itu dibangunka­n dengan rasa tanggungja­wab untuk memberikan pendidikan dan bimbingan kepada pelajar untuk menjadi insan berguna satu masa kelak.

“Madrasah berkenaan

PEGAWAI KBSS bahagian Tawau menyampaik­an sumbangan kepada pihak Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Yusuffiah.

seharusnya diberikan perhatian. Hal ini kerana, madrasah adalah salah satu langkah bijak untuk membendung anak muda dan belia daripada terlibat daripada gejala-gejala sosial yang tidak baik,” kata Azwan Irwan, pelajar praktikal UMS yang menyertai kunjungan itu.

“Seperti sedia maklum, madrasah adalah pusat perkongsia­n ilmu dalam pembentuka­n akhlak serta peribadi seorang muslim. Wajarlah kita menyokong penubuhan ini bagi melancarka­n perkembang­an sosial yang mampu menjamin masa hadapan negara,” tambahnya.

Pegawai KBSS Bahagian Tawau Jamil Jilap juga sempat menyuaraka­n cadangan beliau kepada pihak madrasah, bahawa mereka mengalualu­kan penubuhan kelab atau persatuan madrasah berdaftar dengan KBSS.

Hal itu sedikit sebanyak mampu membantu pihak madrasah bahagian Tawau mendapatka­n sokongan dan bantuan dana untuk program yang bakal dijalankan oleh pihak madrasah.

“Cadangan ini juga mungkin boleh dilaksanak­an di daerah lain,” katanya.

Beliau berkata semua madrasah yang dikunjungi berkenaan masih dalam proses penambahba­ikan dari semasa ke semasa untuk kemudahan para pelajar.

Oleh itu katanya, sekiranya ada pihak yang ingin membantu untuk memberikan sumbangan atau ingin membuat lawatan, sangatlah dialu-alukan oleh pihak madrasah dan boleh berhubung terus dengan pihak mereka.

“Semoga usaha yang baik ini membawa kebaikan kepada mereka yang terlibat dan usaha ini boleh dicontohi oleh organisasi yang lain.

“Sesungguhn­ya, dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain. Kita hanya menjadi asbab dalam menyampaik­an. Samasama membantu, sama-sama merasa nikmat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGHUNI Madrasah Sulaimaniy­yah Rayyah bersama wakil dari KBSS.
PENGHUNI Madrasah Sulaimaniy­yah Rayyah bersama wakil dari KBSS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia