Utusan Borneo (Sabah)

Keperluan kemahiran IT, penjagaan anak halang ibu tunggal kembali bekerja

-

KUCHING: Keperluan kemahiran dalam teknologi maklumat (IT) dan penjagaan anak merupakan antara penghalang ibu tunggal di Sarawak untuk kembali bekerja.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata ini berdasarka­n ‘Kajian Terhadap Halangan Untuk Ibu Tunggal Dengan Pendidikan Tertiari Masuk Ke Dalam Tenaga Kerja Di Bandar Sarawak’ yang dibiayai kementeria­nnya secara kolaborati­f dengan Swinburne Teknologi dan Persatuan Ibu Universiti Tunggal Sarawak (PITSA).

Susulan itu, beliau berkata Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) dengan kerjasama Swinburne University of Technology telah menganjurk­an sesi dialog bersama ibu tunggal - Program Pemerkasaa­n Ibu Tunggal Sarawak (PIT) di empat lokasi iaitu Kuching, Miri, Bintulu dan Samarahan pada tahun lepas, yang teah disertai 533 ibu tunggal.

“Program PIT ini bertujuan membina keyakinan, kemahuan serta minat ibu tunggal selain memupuk sikap yang lebih terbuka dan aktif golongan ibu tunggal dalam masyarakat,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Selain itu, Rosey berkata JWKSjugate­lahmengend­alikan Kursus Kemahiran Asas ICT bagi ibu tunggal (ICT4IT) yang juga merupakan salah satu hasil susulan daripada kajian tersebut membabitka­n kerjasama antara JWKS dengan pertubuhan­bukan kerajaan (NGO) termasuk PITSA.

“Ia bagi membantu ibu tunggal menambah dan mengasah kemahiran IT di samping menggalakk­an golonganib­utunggalme­nceburi bidang usahawan secara online (eUsahawan),” katanya.

Selari dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk membangunk­an ekonomi digital, beliau berkata kementeria­n melalui JWKS telah memperkena­lkan program Wanita dalam Keusahawan­anDigital(WIDE) untuk usahawan wanita yang terlatih dari Pusat Latihan Wisma Wanita (PLWW) yang baharu memulakan perniagaan.

“Tahun lepas, seramai 33 peserta telah menjalani program WIDE dan ia memberi manfaat dalam membentuk wanita menjadi usahawan digital dan seterusnya dapat menjana pendapatan yang lebih mantap,” katanya.

Rosey menambah, JWKS menerusi PLWW juga telah membuka peluang kepada para wanita meningkatk­an taraf sosioekono­mi dengan menganjurk­an kursus kemahiran seperti Kursus Jahitan Kreatif, Kursus Kecantikan, Kursus Masakan dan Kursus Spa dan Urut.

Pada masa sama, katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) turut membantu golongan ibu tunggal menyertai program Usahawan Mikro Kebajikan, membabitka­n 771 orang bagi tempoh 2014 hingga Mei tahun ini.

Beliau berkata mereka akan dipertimba­ngkan geran pelancaran maksimum RM5,000 seorang bagi melaksanak­an perniagaan dan akan dibimbing untuk tempoh dua tahun.

 ??  ?? ROSEY
ROSEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia