Utusan Borneo (Sabah)

Kenanga jangka BNM kekalkan OPR pada 3.25 peratus sehingga akhir tahun

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd menjangkak­an Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus hingga akhir tahun ini untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi.

Kenanga berkata Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat memberi isyarat mengenai dua lagi kenaikan kadar menjelang akhir tahun, yang mungkin mencetuska­n aliran keluar dana dari pasaran pesat membangun.

“Ada kemungkina­n ketegangan perdaganga­n semasa akan meningkat dan bertukar menjadi perang perdaganga­n global, yang akan turut menjejaska­n pasaran,” kata bank pelaburan itu dalam satu kenyataan semalam.

Selain mengekalka­n OPR pada tahap itu, BNM pada mesyuarat jawatankua­sa dasar monetari keempatnya juga mengekalka­n kadar keperluan rizab (SRR) pada 3.50 peratus.

BNM juga mengunjurk­an kadar inflasi yang lebih rendah.

“Sejajar dengan unjuran kami, BNM berkata inflasi menyeluruh bagi 2018 diunjurkan lebih rendah daripada unjuran terdahulu, dengan mengambil kira impak daripada langkah-langkah dasar terhadap faktor kos domestik baru-baru ini.

“Impak daripada langkah itu, seperti kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an dan subsidi bahan api ke atas inflasi, menurut BNM sebagai sementara, dan pada kedudukan ini, indeks harga pengguna rasmi (IHP) yang diunjurkan pada 2.0 peratus – 3.0 peratus bagi 2018, akan disemak semula,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia