Utusan Borneo (Sabah)

Jualan sektor pembuatan Malaysia bagi Mei 2018 meningkat 5.5 peratus

-

KUALA LUMPUR: Jualan sektor pembuatan Malaysia bagi Mei 2018 meningkat 5.5 peratus, dengan nilai jualan sebanyak RM65.3 bilion berbanding RM61.9 bilion yang dilaporkan apda tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan berkata peningkata­n ketara dalam jumlah nilai jualan pada Mei didorong oleh peningkata­n produk elektrik dan elektonik (7.5 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (6.8 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (4.3 peratus).

Jumlah pekerja sektor pembuatan pada Mei 2018 meningkat 1.7 peratus atau 18,077 orang kepada 1,070,000, berbanding 1,051,923 pada Mei 2017.

“Jumlah gaji dan upah yang dibayar meningkat 10 peratus (RM346.8 juta) kepada RM3.8 bilion, sekali gus mencatatka­n purata gaji dan upah setiap pekerja kepada RM3,562 pada Mei 2018,” katanya.

Nilai jualan seorang pekerja meningkat 3.8 peratus kepada RM61,071 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya. — Bernama

 ?? AFP — Gambar ?? HARGA SAHAM: Seorang lelaki duduk di hadapan skrin memerhatik­an harga saham di sebuah syarikat sekuriti di Beijing.
AFP — Gambar HARGA SAHAM: Seorang lelaki duduk di hadapan skrin memerhatik­an harga saham di sebuah syarikat sekuriti di Beijing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia