Utusan Borneo (Sabah)

Saham Nova Wellness terlebih langgan sebanyak 2.84 kali

-

KUALALUMPU­R:Tawaran Awam Permulaan (IPO) Nova Wellness Group Bhd sebanyak 16 juta saham mengalami terlebih langgan sebanyak 2.84 kali.

Pengeluar produk nutraseuti­kal dan penjagaan kulit itu berkata bagi kategori awam Malaysia, sebanyak 2,200 permohonan bagi 61,361,300 saham IPO telah diterima.

Di bawah kategori Bumiputera, sebanyak 824 permohonan telah diterima bagi 20.94 juta saham IPO, mewakili terlebih langganan sebanyak 1.62 kali manakala di bawah kategori awam, sebanyak 1,376 permohonan telah didaftar bagi 40.43 juta saham IPO, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 4.05 kali.

“Ejen langganan telah mengesahka­n bahawa 50.66 juta saham IPO yang boleh didapati untuk permohonan melalui tawaran persendiri­an kepada pelabur yang telah dikenal pasti telah ditawarkan sepenuhnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia