Utusan Borneo (Sabah)

Travelog perkenal lokasi tanah tinggi menarik seluruh negara di TV1

-

MEMPERKENA­LKAN kawasan tanah tinggi yang terdapat di setiap pelusuk negeri di Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program travelog terbaharu bertajuk ‘Mereka Di Tanah Tinggi’ yang memberi berfokus kepada alam flora dan fauna yang terdapat disesuatu tempat tersebut serta lokasi dan mercu tanda istimewa disekitar tempat itu.

Bersama-sama pengacara Fiona Benard, program mula bersiaran 9 Julai ini, setiap Isnin dan Selasa, jam 12.30 tengah hari menerusi TV1 ini melawat gunung di seluruh negara termasukla­h Gunung Keriang, Gunung Jerai dan Gunung Macincang di Kedah, diikuti Bukit Larut, Kuala Woh, dan Gunung Lang di Perak.

Tiga lokasi di Pahang iaitu Pos Senderut, di Raub, Lata Minjong, di Kuala Lipis, dan Cameron Highlands.

Ikuti perkongsia­n menarik di Bukit Jugra, Banting, Selangor, Kenaboi, Jelebu di Negeri Sembilan, Tanjung Tuan, Melaka, dan Bukit Bendera, Pulau Pinang dalam 13 episod siarannya.

Gunung Keriang terletak Alor Setar, Kedah mendahului siarannya dengan melawat Gunung Keriang di mana terdapatny­a Gua Terus, Gua Landak dan Gua Cermin.

Hos juga mempelajar­i cara mencari batu kristal di dalam gua serta membersihk­an sesuatu batu kristal tersebut.

Seterusnya, beliau melawat sebuah kedai yang menjual batu-batu kristal yang digunakan untuk menjaga kesihatan dan juga untuk merawati beberapa penyakit.

Mula menjadi sebutan dek penangan lagu Cinta Pantai Merdeka dendangan Kumpulan Tropika, episod berikutnya mengajak penonton melawat Gunung Jerai di Tanjung Dawai, Kedah. Kemudian, pengendali aktiviti lasak di sana.

Hos, juga melawat Padang Tok Sheikh serta Telaga Tok Sheikh yang terletak di Gunung Jerai.

Seterusnya singgah di Bukit Larut, Taiping, Perak. Fiona Bernard, melawat beberapa tempat di bukit tersebut.

Aktiviti diteruskan dengan melawat kawasan hutan lipur di Kuala Woh, yang terletak tiga belas kilometer dari Tapah. Seorang jurulatih aktiviti lasak di tempat tersebut, menerangka­n tentang aktiviti-aktiviti lasak yang ada di situ.

Menarik dalam episod Pos Senderut, Raub, Pahang berkongsi maklumat lanjut tentang tempat itu dari Abang Ewok, seorang guru yang berasal dari Sabah, dan mengajar di Pusat Pendidikan Komuniti Cenwaey Penaney.

Beliau juga mene-rangkan tentang projek pendidikan dan aktiviti yang diadakan untuk kanak-kanak orang asli, suku kaum Semai, yang duduk disitu.

Ikuti pelbagai lagi episod menarik menerusi travelog ini setiap hari Isnin dan Selasa di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia