Utusan Borneo (Sabah)

Super Spontan Xtravaganz­a mulai 20 Julai ini

-

PROGRAM realiti permainan lawak spontan, Super Spontan, kembali menemui penonton pada tahun ini dengan edisi istimewa, ‘Super Spontan Xtravaganz­a’.

Penerbitan tahun ke7 program ini juga akan bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat bermula pada 20 Julai ini, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) selama 10 minggu berturuttu­rut.

Istimewany­a, edisi kali ini menyaksika­n dua orang awam yang dipilih menerusi program ‘Spontan Tepi Jalan’ akan dibawa ke gelanggang akhir Super Spontan Xtravaganz­a sebagai peserta untuk bermain bersama barisan finalis.

Selain itu, buat julung kalinya juga progam ini bakal menyaksika­n pertukaran sistem pemarkahan daripada 100 peratus kuasa mutlak di tangan penonton kepada 50 peratus pemarkahan oleh barisan juri dan 50 peratus lagi oleh penonton.

‘Spontan Tepi Jalan’ adalah sebuah rancangan baharu yang diperkenal­kan pada musim ini dan akan bersiaran di Astro Warna serta Warna HD bermula pada 20 Julai 2018, jam 9.30 malam hingga 9.45 malam selama 10 minggu.

Rancangan yang berkonsepk­an pertanding­an permainan spontan ini menyaksika­n pengacara, Ali Puteh, memilih secara rawak orang awam untuk bermain pelbagai permainan secara spontan.

Setiap minggu akan menyaksika­n seorang pemenang mingguan dan dua orang pemain terbaik dalam kalangan mereka akan menempa tempat sebagai peserta bertuah yang akan bersama-sama para finalis Super Spontan Xtravaganz­a di pentas akhir.

Selain itu, uniknya ‘Super Spontan Xtravaganz­a’ ini, setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Dato’ Afdlin Shauki dan Adibah Noor bersama seorang juri jemputan pada setiap akhir permainan sebelum pemberian markah sebanyak 50 peratus daripada barisan juri diberikan kepada mereka.

Baki 50 peratus pemarkahan pula akan ditentukan oleh penonton menerusi undian atas talian dan sistem pesanan ringkas.

Kumpulan dengan jumlah markah tercorot pada minggu tersebut harus menyingkir­kan seorang pemain daripada kumpulan mereka.

Bertemakan ‘tukang masak’, Super Spontan Xtravaganz­a membentuk dua buah kumpulan iaitu kumpulan ‘Sotong Kangkung’ yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan ‘Lobster Leleh’ yang mencermink­an imej ‘tukang masak di hotel’.

‘Super Spontan Xtravaganz­a’ akan dijayakan oleh 16 orang pemain yang terdiri daripada barisan pelawak, pelakon, penyanyi serta selebriti media sosial.

Kumpulan ‘Sotong Kangkung’ yang diketuai oleh Rashid Salleh selaku Pengurus Kumpulan terdiri daripada pelawak seperti Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu dan Atu Zero.

Pelakon Izzue Islam dan Siti Elizad serta selebriti media sosial Modee melengkapk­an ahli kumpulan itu.

Manakala kumpulan ‘Lobster Leleh’ yang diketuai oleh Reza Zainal selaku Pengurus Kumpulan pula dianggotai oleh pelawak: Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak Puteh dan Joey, pelakon: Anas Ridzuan dan Zara Zya, penyanyi: Tomok, serta selebriti media sosial Jaa Suzuran.

Menarik lagi edisi ‘Super Spontan Xtravaganz­a’ ini, tugasan ‘Pengurus Pasukan’ yang berperanan untuk mengurus dan membuat keputusan penting bagi kumpulan masing-masing dibawa semula ke gelanggang permainan.

Rashid Salleh dan Reza Zainal merupakan individu yang di per tanggungja­wab untuk menggalas peranan tersebut.

 ??  ?? Harga RM1.20
Harga RM1.20
 ?? — Gambar Astro ?? KEMBALI MEMERIAHKA­N HUJUNG MINGGU ANDA: Kumpulan Lobster Leleh, Sotong Kangkung, juri tetap iaitu Dato’ Afdlin Shauki dan Adibah Noor bersama Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro Dato’ Khairul Anwar Saleh dan Pengurus Saluran Astro Warna Norzeha Mohd Salleh.
— Gambar Astro KEMBALI MEMERIAHKA­N HUJUNG MINGGU ANDA: Kumpulan Lobster Leleh, Sotong Kangkung, juri tetap iaitu Dato’ Afdlin Shauki dan Adibah Noor bersama Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro Dato’ Khairul Anwar Saleh dan Pengurus Saluran Astro Warna Norzeha Mohd Salleh.
 ??  ?? ZARA ZYA
ZARA ZYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia