Utusan Borneo (Sabah)

Pengasuh mengaku tidak bersalah cedera, lupus mayat Adam Rayqal

KPDNHEP rampas 20,028 DVD/CD dalam lima serbuan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya merampas 20,028 keping DVD/CD cetak rompak dalam lima serbuan berasingan di sini.

Menurut kenyataan dikeluarka­n kementeria­n itu, lima premis sekitar ibu negeri diserbu dengan kerjasama Jabatan Imigresen pada Khamis.

Jurucakap KPDNHEP berkata, kira-kira 20,028 keping DVD dan CD dirampas daripada premis berkenaan berikutan gagal menunjukka­n sebarang label Sirim pada cakera padat yang dijual.

“Keseluruha­n rampasan dianggarka­n bernilai RM112,836 dan dua pekerja asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri juga turut ditahan untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang tiruan bagi pertubuhan atau perbadanan manakala denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang tiruan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduany­a.

Operasi dijayakan seramai 30 pegawai KPDNHEP dan enam anggota Jabatan Imigresen.

KUALA LUMPUR: Pengasuh kepada bayi lima bulan Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang di sini pada Jumaat atas pertuduhan menganiaya bayi itu sehingga menyebabka­n kecederaan di kepala dan melupuskan mayat mangsa dengan menyembuny­ikan kematianny­a.

Noor Aqilah Abd Rahman, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemelihara­an terhadap bayi itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabka­n kecederaan di kepala, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wanita itu juga didakwa telah melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembuny­ikan kematian supaya dia terlepas daripada hukuman, mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di rumah sewanya, di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di sini antara 6.20 petang dan 6.50 petang, 3 Julai 2018.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam M. Dinesh dan Mohd Redzuan Mohamed Yusoff memohon jaminan minimum dengan alasan tertuduh menanggung kedua-dua ibu bapa yang menghidap pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, gout dan sakit jantung.

“Pihak pembelaan juga memohon jaminan minimum atas faktor ekonomi keluarga tertuduh. Kedua-dua ibu bapa tertuduh tidak bekerja dan semua ibu bapa yang menghantar anak mereka kepada tertuduh kini menghantar anak mereka kepada orang lain sejak tertuduh ditahan reman.

“Tertuduh sebelum ini bekerja sebagai tukang masak bagaimanap­un berhenti kerja dan mula memberi fokus sepenuh masa menjaga anak asuhan. Tertuduh yang masih bujang juga mempunyai seorang anak angkat berusia tiga tahun yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU). Dia menjaga bayi itu sejak bayi berkenaan berusia dua bulan. Sekarang anak angkatnya di bawah jagaan orang lain,” kata Mohd Redzuan.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya M. Arunjothi tidak menawarkan sebarang jaminan walaupun kes berkenaan boleh diikat jamin dengan alasan kes itu melibatkan kepentinga­n awam dan menarik perhatian orang ramai.

“Namun, pihak pendakwaan menyerahka­n kepada budi bicara mahkamah dan sekiranya mahkamah ingin memberikan jaminan, pihak pendakwaan mencadangk­an jaminan tinggi dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis terdekat dan tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai,” katanya.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan dan tidak menganggu saksi.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pada 3 Julai lepas, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhny­a di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis di dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama lewat malam hari kejadian.

Susulan itu, tertuduh dan seorang rakannya ditahan padah ari sama. Bagaimanap­un wanita itu dibebas dengan jaminan polis.

Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di bahagian tempurung kepala.-Bernama

 ??  ?? PENGASUH kepada bayi lima bulan Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais; Noor Aqilah Abd Rahman, 33, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang pada Jumaat atas pertuduhan menganiaya bayi itu sehingga menyebabka­n kecederaan di kepala dan melupuskan mayat mangsa dengan menyembuny­ikan kematianny­a.
PENGASUH kepada bayi lima bulan Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais; Noor Aqilah Abd Rahman, 33, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang pada Jumaat atas pertuduhan menganiaya bayi itu sehingga menyebabka­n kecederaan di kepala dan melupuskan mayat mangsa dengan menyembuny­ikan kematianny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia