Utusan Borneo (Sabah)

TIADA SEBARANG TANDA WABAK

Dakwaan wabak selesema burung tular di media sosial palsu

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Orang awam diingatkan supaya tidak panik berikutan dakwaan wabak selesema burung atau penyakit daripada ternakan ayam ditularkan dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengeluark­an kenyataan mengesahka­n bahawa tidak terdapat sebarang tanda wabak selesema burung atau penyakit daripada ayam yang diternak di negeri ini seperti yang tular di media sosial dan WhatsApps.

Jurucakap jabatan itu berkata Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) di Sabah setakat ini mendapati hanya satu ladang di Tamparuli yang menunjukka­n peningkata­n kadar kematian ternakan dipercayai disebabkan oleh perubahan cuaca.

“Keadaan ladang juga jenis konvension­al yang mudah terdedah kepada masalah cuaca menyebabka­n perkara itu berlaku,” katanya.

Tambahnya, DVS juga akan menjalanka­n ujian lanjut untuk menentukan samada terdapatny­a sebarang wabak penyakit atau sebaliknya.

“Kita memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pengunaan dan keadaan daging ayam di negeri ini adalah selamat kerana belum ada sebarang tanda-tanda bahaya yang dikesan seperti yang ditularkan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong (gambar) berkata sampel ujian yang diambil oleh DVS dari ladang ayam di Tamparuli menunjukka­n hasil negatif virus Avian Influenza (AI) dan Newcastle Disease (ND).

“Bagaimanap­un, ujian lanjut sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian dan hasilnya akan diketahui pada hari Selasa,” katanya.

Tambahnya, pasukan kawalan penyakit DVS juga sudah mula bertindak memeriksa keadaan ladang di daerah lain.

Terdahulu, satu pesanan ditularkan untuk mengingatk­an penduduk Sabah agar berhati-hati dengan tidak menyentuh ayam atau memakan daging ayam dalam beberapa minggu.

Mesej itu turut mendakwa, beberapa ladang di Tamparuli diserang wabak berkenaan kerana semua ayam ternakan di ladang itu mati dalam masa dua hari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia